Pages

Sabtu, 21 Oktober 2017

Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi

Shopping di Bukit Tinggi?
Penuhkan saku anda untuk melabur sekehendak hati....hiks!
Syukurlah, kami masih sedar diri walaupun ada kalanya terlajak rambang mata, dan tidaklah terus berada dalam zon bawah sedar...ahaks! Apa pun, kami terpaksa menggunakan matawang RM juga setelah kehabisan rupiah...kihkihhh! Maklumlah, kali pertama bertandang ke Bukit Tinggi. Jadi, lain kali kalau datang lagi memang sudah sedia maklum tentang godaan di sana!
Banyak tempat membeli kain sulam yang cantik dan menarik di Bukit Tinggi. Katanya, hasil sulaman di Bukit Tinggi sangat berkualiti. Amie memang jenis tidak sampai hati untuk menawar, cukup setakat sekali dua menawar dan diberi harga tawaran, Amie terus beli dan bagasi Amie tepat mencapai berat 20 kg! Tidak lebih dan tidak kurang. Datang 10kg, balik menjadi 20kg! Cantik! Cuma, kotak seberat 4.5kg berisi oleh-oleh dari Sanjai Balado Ummi Aufa Hakim yang berisi pelbagai keropok serta rendang tidak boleh dibawa sebagai hand luggage. Jadi terpaksa tumpang berat bagasi Warite yang kebetulan hanya 16 kg dari tempahan bagasi 20kg.

Setiap hari sepanjang berada di kawasan Bukit Tinggi, Pak Herman singgah di kedai kain sulam yang berbeza! Tak cukup memilih di siang hari, ada ketikanya singgah lagi di waktu malam!

Memang seronok sangat memilih pelbagai jenis kain sulam, batik sarung lemang dan telekung! Betullah apa yang Bonda selalu katakan, batik sarung di sini halus mulus. Jadi Amie pun tidak teragak-agak membeli 12 helai batik sarung lemang. Bukan lemang dalam buluh isi beras pulut yang dibakar tu ye, tapi kain sarung digulung disimpan kemas dalam bungkusan plastik, dan bentuknya menyerupai lemang!  Mula-mula beli 3 helai di kedai pertama (mungkin di Putri Minang) kemudian 3 helai lagi di kedai kedua dan kemudian 6 helai di Istano Minang pula. Amie pun tak sempat mengambil gambar suasana dan luar kedai sebab dah tak sabar untuk melihat hasil sulaman yang dipamerkan. Melihat kawan-kawan memilih dan menawar harga kain pun sudah cukup memeriahkan suasana!



Salah sebuah tempat menjual hasil sulaman yang cantik dari kerajinan tangan ialah di sebuah rumah yang terletak di Desa Bonjo iaitu rumah Sulam Hj. Rosma.

Di rumah ini kami sempat menyaksikan bagaimana sulaman dihasilkan secara tradisional, dan ram atau alat pembidang sulam turut digunakan.



 Ain tidak lepaskan peluang menyulam, sulam goyang kaki katanya!

Kami juga berkesempatan melihat hasil kerajinan tangan yang boleh dibeli terus dari rumah ini.

Dari ruangan kerja jahitan, kami berjalan melalui ruang tamu ini ke ruang hadapan, tempat susunan pelbagai hasil sulaman.



Dompet bersulam ini menjadi rebutan kawan-kawan! Habis semua diborong tak tinggal satu hingga dompet milik tuan kedai yang berisi duit jualan pun ada orang nak beli...ha ha haaaa!



 Tuan punya rumah yang sangat peramah dan mesra pelanggan.

Mata terpikat dengan hasil sulaman ini, tapi sayangnya kain yang belum dijahit sudah habis! Kalau berminat dengan sulaman sebegini, sediakan dalam 800,000 -1,000,000 rupiah!

Kenderaan yang dipandu Pak Herman sedang menunggu kami. Kita tinggalkan dahulu rumah Sulam Hj. Rosma untuk meneruskan aktiviti lain yang telah dirancang.

Dah tak ingat, apa nama kedai kain sulam ini. Jangan risau, Pak Herman memang pakar tentang kedai kain sulam di Bukit Tinggi. Ikut sajalah ke mana beliau singgahi atau kalau sudah sedia maklum, mungkin boleh kemukakan cadangan kepada beliau untuk singgah di kedai pilihan sendiri. Kedai kain sulam bukan hanya ada beberapa buah, tapi banyak!


Pandai Sikek! Bila Pak Herman sebut tentang Pandai Sikek, ingatkan maksudnya pandai sikat rambut!
Pandai Sikek adalah salah satu nagari kepunyaan daerah Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Nagari ini terletak berhampiran Batusangkar, ibu kota kabupaten Tanah Datar. Nagari Pandai Sikek juga dikenal sebagai tempat pengrajin tenun, dan ini dihargai oleh pemerintah Republik Indonesia dalam citra mata uang denominasi 5,000 rupiah saat ini.
Sumber : WIKIPEDIA 
Pandai Sikek!
(Mencelah dulu...)
Beberapa hari di Bukit Tinggi, akhirnya kami hafal lirik lagu Ayam Den Lapeh yang pernah dipopularkan oleh Anita Sarawak (penyanyi Malaysia) suatu ketika dahulu. Nampaknya Ayam Den Lapeh masih terkenal di daerah ini. Baik di hotel atau di mana-mana, telinga terdengar sayup-sayup lagu ini yang dialunkan oleh penyanyi tempatan.
Setiap kali Pak Herman menyebut tentang perkampungan atau pusat kerajinan songket dan ukiran kayu, serta-merta teringat seni kata lagu pada rangkap kedua Ayam Den Lapeh:

Mandaki jalan Pandai Sikek,
Manurun jalan ka Biaro,
Dima hati ndak kamaupek,
Awak tak kicuah
Ai ai ayam deh lapeh!

Apa yang kami tidak dapat lupakan dan menjadi bahan tawa sepanjang berada di Bukit Tinggi ialah maksud perkataan ayam den lapeh itu sendiri. Amie sangka ia bermaksud ayam saya lapar! Tapi rupanya, ayam saya lari atau lepas. Ada makna tersirat di sebalik maksudnya  yang tersurat. Kata Pak Herman, maksud ayam terlepas ini ialah orang yang disukai atau kekasih nya itu lari atau menjauhkan diri.
Oooo...begitukah?

Berbalik cerita tentang perkampungan Pandai Singkek ini, kata Pak Herman desa ini merupakan tempat penghasilan tenunan dan sulaman terbaik di Indonesia.

Di sini Amie sempat beli 4 helai kemeja untuk Encik Suami, Farid, Fuad dan Fairuz saiz M-XL dengan harga RM42 setiap sehelai. 4 helai berjumlah RM168. Kami tiba di sini pada hari keempat dan mulai hari ketiga dan keempat, kami mula menggunakan RM...ngeeee! Rupiah sudah nyileeekk!


Sebelum meninggalkan perkampungan Pandai Singkek, sempat tangkap gambar dari dalam kenderaan. Nampaknya rumah-rumah di sini banyak yang masih mengekalkan bumbung tradisi Minang bentuk melengkung atau bagonjong!

Alam yang indah saujana mata memandang inilah yang memungkinkan lahirnya ilham untuk mengukir dan menenun pelbagai hasil kerajinan tangan. Terpegun seketika melihat panorama alam berhadapan dengan kedai Satu Karya Pandai Sikek.

Amie akhiri dengan sekeping gambar masjid yang cantik berkubah merah di penghujung jalan perkampungan Pandai Singkek.
Jangan risau kalau anda ke Bukit Tinggi sekiranya berminat untuk mencari kain sulam dan sebagainya. Pak Herman akan membantu merealisasikan hasrat dan impian anda!Anda hanya perlu penuhkan poket sama ada dengan matawang IDR atau RM.

Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

10 ulasan:

  1. Sulaman Hjh Rosma memang tercantik sebab sulamannya tebal dan penuh tapi harga pun besar juga. Kain sulaman Puteri Minang banyak yang cantik-cantik. Kain sulaman di Bukit Tinggi juga lebih cantik dan kemas dibandingkan kain sulaman di Bandung disebabkan pengasasnya terletak di Bukit Tinggi.

    Dulu masa Rm tinggi seronok beli sebab murah tapi sekarang bila RM dah jatuh harga shopping pi Indon pun dah mencanak naik.

    BalasPadam
  2. Notie,
    bila melihat sendiri proses menyulam di rumah Hj Rosma, baru sedar betapa tingginya kualiti kerja tangan mereka

    BalasPadam
  3. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    BalasPadam
  4. Pernah ke padang 20 tahun lalu Dan membeli Kain sulam goyang...halus sulamannya...ingin dapatkannya lagi...di bandung tiada sulam goyang yg dicari

    BalasPadam

  5. ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ – PAKEJ MENARIK MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA SEPERTI KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA DAN BERAPA TEMPAT LAIN MENARIK DI MEDAN.

    PAKEJ KAMI TEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. SEMUA PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM FULL SERVICES
    TAK ADA EXTRA BAYAR …. !!! TAK ADA TIPU – TIPU !!!

    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG ) MEDAN & LAKE TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG ) MEDAN AND LAEK TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 400 (10 ORANG ) LAKE TOBA , SAMOSIR AND SILANGIT
    HARGA PAKE 04 HARI / 03 MALAM MYR : 550 (10 ORANG ) LAKE TOBA, SAMOSIR AND SILANGIT


    KALAU NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT SYARIKAT KAMI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
     HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
     DRIVER
     PATROL
     EKSIDENT INSURANCE
     GOVERNMENT TAX

    BalasPadam
  6. Salam. Agak2 hrga sepasang kain sulam tu brape ye? Dompet sulam tu jugak. Nak bajet tukar duit tak tahu brapa

    BalasPadam
  7. Siti Amira,
    kalau beli yng berkualiti harganya duit kita dlm RM100 ke atas. Di rumah Hjh Rosmah agak mahal, malah ada yang mencecah 1 juta rupiah sebab kualiti kain dan sulamannya. Dompet tu saya tak pasti sebab saya tak beli.

    BalasPadam
  8. salamm..izin promo kat laman ni,bila tuan/puan nak merancang bercuti ke bukittinggi Padang Indonesia,kami Sinar Alam Wisata tour and travel menyediakan perkhidmatan Pakej Percutian dan Sewa Kereta Murah di Bukittinggi Padang.
    Kami bagi servis yang optima dan harga yang pantas bajet
    Wassap. +6285356000747
    Emel. sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website http://www.sinaralamwisata.com

    BalasPadam