Pages

Sabtu, 21 Oktober 2017

Bermalam di Hotel Primadini

Pakej percutian kami sebenarnya sangat murah, dengan bajet sederhana dari banyak segi namun amat memuaskan hati. Walaupun hanya satu bintang, Hotel Primadini dianggap menawarkan perkhidmatan terbaik pada pandangan kami, dengan mengambil kira harga pakej yang ditawarkan. Kalau inginkan hotel berbintang-bintang, bolehlah berunding dengan Pak Herman dengan menetapkan harga pakej mengikut persetujuan masing-masing. 
Cerita tentang hotel, tempat penginapan kami ini terletak di Jl. Yos Sudarso No.10, Benteng Ps. Atas, Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26136, Indonesia.

Kami menginap di sini selama 3 malam.
Kiranya kami ini burunglah, keluar awal pagi waktu matahari terbit, bezanya kami isi perut dulu sebelum keluar. Sebaliknya burung keluar untuk mencari makan. Burung pulang ke sarang ketika senja menjelma, tapi kami sampai ketika malam jauh merangkak!

Peringatan mesra umtuk yang ingin menginap di sini:

Manajemen dan seluruh karyawan Prima Dini Hotel menjunjung tinggi nilai-nilai yang berlaku di tanah Minang dan untuk itu kami tidak memperbolehkan pasangan yang belum / tidak  menikah untuk tinggal di satu kamar yang sama, dan kami melarang konsumsi barang terlarang dan alkohol di seluruh ruangan di dalam hotel.

Biasanya, sebaik sahaja kaki menjejakkan kaiki di lobi hotel, memang perkara pertama yang dilakukan ialah membuka telefon bimbit masing-masing. Ketika inilah kami berhubung dengan keluarga, membuka FB dan membaca mesej dalam WhatsApp masing-masing.

Pagi pertama di Hotel Prima Dini. Kami turun terlalu awal. Kami sangka sarapan pagi pada pukul 6.30 pagi, rupanya kena tunggu sehingga pukul 7 pagi.

 Daripada duduk termenung, baiklah baca suratkhabar Singgalang.


 Jom sarapan pagi sambil menghadap pemandangan Gunung Singgalang nun di hadapan sana!

 Selamat pagi Ain.
Selamat pagi Jusna.

 Salah satu menu sarapan pagi yang wajib ada ialah nasi goreng.

 Hari yang lain pula, dihidangkan dengan sup, mee goreng, buah betik atau tembikai dan keropok.

 Jangan lupa kopi pekat!
 Ini hari terakhir kami di sini setelah menginap selama 3 malam.




Barangkali inilah lontong yang pernah diceritakan oleh Pak Herman, sup atau kuahnya mengandungi sayur! Kuahnya tidak pekat, sedang-sedang rasanya dan sudah tentulah begitu menyelerakan!


Kami diminta untuk menulis komen dan cadangan sebelum meninggalkan hotel. Kamsiah tukang tulis komen, idea dari ahli kumpulan.

Masa untuk meninggalkan tempat penginapan kami. Jumpa lagi! Terima kasih buat semua pekerja Hotel Prima Dini yang baik hati.

 Sumber : Google

Untuk anda yang ingin merancang percutian bajet ke Bukit Tinggi, barangkali Hotel Prima Dini salah satu daripada tempat penginapan yang sesuai untuk anda. Maaf, tak dapat kongsi gambar hotel dari luar (gambar pecah - dari hp).

 Pinjam gambar kumpulan.

Wokey...
Nampaknya Pak Herman sudah agak lama menunggu kami, jadi tinggallah dulu segala kenang-kenangan di sini. Jumpa lagi dalam catatan seterusnya.

Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399 

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

3 ulasan:

  1. Macam hotel baru ja. Selalunya pagi-pagi banyak penjaja menjual berhampiran hotel. kadang boleh dapat kain atau telekung sulam yang lagi murah dari Pasar Atas.

    BalasPadam
  2. Notie,
    sebaik selesai bersarapan, kami terus naik van yang menunggu di hadapan tangga untuk ke destinasi yang telah disusun, tidak sempat melihat keliling...oh! Pasar Atas itu di Padangkah?

    BalasPadam
  3. Pasar Atas tu berdepan dengan Jam Gadang. Tu tempat shopping di Bukit Tinggi. Saya lebih suka shupping di Bukit Tinggi sebab ianya lebih murah daripada di Padang. Padang dah kira bandar besar dan produk biasa ja. Harga dia lebih mahal sikit dari di Bukit Tinggi.

    BalasPadam