Hari ini masak ringkas-ringkas saja tapi habis licin sekali hadap! Maknanya sedaplah tu ikut citarasa keluarga kecil Amie. Amie goreng ayam, dan pada masa yang sama rebus kentang separuh masak (ala-ala rebus sebelum dipanggang bersama ayam rosemary tu...). Kemudian goreng kentang, dan tumis bahan-bahan untuk temukan ayam goreng dengan kentang goreng tadi. Siap!
2 keping bahagian peha ayam (700 gram) - potong ikut citarasa - gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
5 biji kentang - cuci bersih dan belah 4
1 sudu besar sos tiram
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan hiris:
5 biji cili hijau
15 biji cili padi hijau
1 cawan isi petai
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 cm halia
daun bawang - untuk hiasan
Cara memasak:
1. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Rebus kentang separuh empuk. Angkat dan toskan. Kemudian goreng hingga masak.
3. Ambil 1/2 cawan minyak gorengan ayam tadi, dan tumis kesmeua bahan hiris hingga layu.
4. Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan sos tiram. Gaul rata.
5. Jika perlu tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan. Kacau dua tiga kali, dan padamkan api dapur.
6. Angkat masakan menggunakan sudip berlubang, supaya minyak tidak ikut serta semasa menghidang.
7. Taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
Enak diratah begitu saja!
pehhhh. nampak sedap kak. hehe.
BalasPadamSedap ni k.amie... Anak2 sy pun suka masak2 simple macam ni. Nanti bole try
BalasPadamAdda,
BalasPadammasak campak2 memang sedap kan.
Puan Hazel,
silakan.