Pages

Ahad, 6 Ogos 2017

Lempeng & Serawa Durian

Jom minum petang dengan lempeng cecah serawa durian. Tambah dengan secawan teh O panas kurang manis....walaaaaa! Cuaca pulak mendung, sejuk-sejuk gitu! Menambah-nambahlah kuah durian dan lempeng-demi lempeng masuk ke mulut!

Amie buat lempeng yang paling mudah di dunia!. Hanya tepung gandum, secubit garam dan air sahaja. Sukatannya, main agak-agak saja. Tak pekat sangat dan tak cair sangat. Sedang-sedang gitu. Kalau suka bolehlah titiskan sedikit pewarna kegemaran. Amie oleskan minyak sapi di dasar kuali sebelum melempeng. Suka aroma minyak sapi sebenarnya. Serawa durian itu pun Amie campak-campak saja. Memandangkan isi durian sudah begitu manis, Amie tambahkan sedikit sahaja gula melaka.

Bahan-bahan:
500 gram isi durian 
250 ml air
250 ml santan pekat
2 sudu besar gula melaka
secubit gara,
sehelai daun pandan - siat dan simpul

Cara:
1. Satukan isi durian, air, santan, gula melaka, dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.
3. Setelah pekat, taburkan secubit garam. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
4. Hidangkan bersama lempeng dan jangan lupa sediakan teh O panas kurang manis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan