Pages

Khamis, 8 Jun 2017

Murtabak Kulit Popia

Antara juadah berbuka puasa yang menjadi pilihan ketika membeli di pasar Ramadhan, salah satunya sudah tentulah murtabak! Kami sekeluarga pun 'hantu' muratabak! Apa kata kita cuba buat sendiri, boleh pilih bahan yang kita suka dan boleh pula kita nikmati sepuasnya!

Mula-mula, jangan lupa buat bawang jeruk. Mudah saja, kupas sebiji atau dua biji bawang besar. Kemudian hiris-hiris dan bubuh cuka serta gula. Biarkan semalaman. Maknanya kalau nak makan murtabak waktu berbuka puasa, eloklah buat bawang jeruk ketika masak sahur...hiks!
Sebenarnya, banyak resepi murtabak yang menggunakan kulit popia. Kalau rajin, bolehlah tanya-tanya pak google. Amie pun sebenarnya sudah beberapa kali membuatnya, pelbagai inti Amie cuba. Semuanya sedap belaka. Cuma, tak terfikir pula untuk kongsikan di sini sebab Amie rasa ramai yang dah tahu cara penyediaannya.  Apa pun, petang ini, sementara menanti waktu berbuka puasa, Amie ambil kesempatan untuk paparkan resepinya. Murtabak Kulit Popia ini Amie buat kelmarin!

Bahan-bahan:
Kulit popia saiz besar secukupnya - Amie dapat 11 keping mutabak
minyak

Bahan inti:
1 paket daging atau ayam kisar seberat 500 gram
3 sudu besar rempah kari daging
5 biji telur
2 labu bawang besar - hiris halus / nipis / cincang
7 tangkai daun ketumbar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
5 biji bawang merah - cincang
garam / gula  / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang merah hingga kekuningan.
2. Perlahankan api dapur, dan tambahkan serbuk rempah kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
3. Masukkan daging atau ayam kisar.
4. Masak sehingga daging kering, dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Biarkan daging kisar sejuk.
6. Dalam sebuah bekas, pukul telur dan masukkan bawang besar serta daun ketumbar. Kemudian masukkan daging kisar. Gaul rata.
7. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
8. Ambil sekepng kulit popia dan sudukan inti secukupnya.
9. Lipat kiri dan kanan kulit popia, dan kemaskan menjadi bentuk segi empat.
10. Letakkan di atas kuali dan balik-balikkan kedua belah murtabak supaya masak sekata.
11. Apabila murtabak kelihatan kuning keemasan, angkat.

Alhamdulillah!
kalau di Sabah, selain jeruk bawang dan timun, peniaga murtabak sediakan sambal kicap! Walllaaa.... enak banget!

4 ulasan:

  1. Sedapnya. Kami sekeluarga pun hantu murtabak k.amie.

    Boleh la cuba lepas ni. Lagi puas makan kalau buat sendiri kan.

    BalasPadam
  2. kami sekeluarga pun gemarkan murtabak bila waktu berbuka. tapi belum pernah buat sendiri lagi. rajinnya amie.. nampak macam mudah je nak buat ye. entahkan rajin, entahkan tidak... apapun t.kasih berkongsi idea..

    BalasPadam
  3. Amie, PH dan bookmark nak buat nanti. Kena tunggu mood rajin :) Anyway, PH nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Puan Hazel,
    cuba ye...pasti nak buat lagi!

    Madiha,
    sedap tau...puas makan!

    PH,
    Terima kasih ucapannya PH. Cuba ye...

    BalasPadam