Cempiang memang sedap kalau makan panas-panas! Tapi tak selalu dapt makan yang panas. Encik Suami suka yang garing. Tapi Amie tak pernah buat kuih cempiang, cuma tahu beli dan makan saja. Bila Encik Suami sebut-sebut tentang cempiang yang garing dan makan panas-panas, Amie pun tergeraklah nak membuatnya. Di LD, kuih cempiang ni memang terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi. Selalu dijual di gerai dan kantin sekolah atau pun pasar malam. Nak membuatnya pun mudah saja. Tak banyak bahan diperlukan, semuanya ada di dapur!
Oh! Yaaa... nama komersial si cempiang ni cinnamon rolls...hiks!
Ada juga yang panggil kuih ubat nyamuk... kata Encik Suamilah.
Oh! Yaaa... nama komersial si cempiang ni cinnamon rolls...hiks!
Ada juga yang panggil kuih ubat nyamuk... kata Encik Suamilah.
Bahan untuk doh:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
Cara membuat doh:
1. Satukan yis, garam, gula dalam satu cawan air suam. Kacau dan biarkan selama 5 minit.
2. Dalam sebuah mangkuk besar, gaulkan mentega dengan tepung gandum bersama susu tepung hingga rata.
3. Tuang sedikit demi sedikit air tadi sambil menguli tepung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Tutup doh untuk proses mengembang - Amie tinggalkan selama 30 minit sebab nak buat kerja lain..hiks!
Bahan inti doh:
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.
Cara membuat cempiang:
1. Bahagiakan doh kepada dua bahagian - kalau nak buat besar tak perlu bahagi 2
2. Canaikan doh. Kalau boleh biar tepinya sekata, kalau tak boleh pun tak apa.
3. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi.
4. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak.
Encik Suami komen:
1. Kuih cempiang ni sedap!
2. Kurang garing - sebab dia suka yang garing!
3. Kurang kemas - sebab dia tengok kicap meleleh dan hujungnya ada yang terbuka!
Komen diterima sebab kali pertama buat dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa kalau rajin nak buat lagi....ngeee!
Ada pun Encik Suami makan entah berapa ketul sampai kekenyangan! Tak sempat kira berapa dapat kuih cempiang ni sebab tak sabar nak makan! Rasanya lebih 20 ketul!
Wahhhh.....nampak sungguh nyummy....bila nak dpt rasa nih
BalasPadam😍😍😍😍❤
BalasPadamAstaghfirullahalazim.. Bertaubatlah dari perbuatan syirik..
BalasPadam