Pages

Isnin, 5 Disember 2016

Terung Goreng Berlada

Entri sebelum tidur!
Pantang kalau ada terung Taiwan! Kalau tak digoreng saja cicah dengan sambal belacan, Amie suka buat goreng brlada. Sedap terung jenis ni.... terasa manisnya kalau digoreng! Amie tambahkan udang segar. Untuk naikkan aromanya Amie tambahkan udang kering dalam bahan kisar, tapi yang suka belacan masukkan sajalah! Sodap!

Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong serong - rendam dalam air untuk elak lebam
1 cawan isi udang segar
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar kasar:
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang dan toskan / boleh gantikan dengan belacan
3 ulas bawang putih
5 biji  bawang merah

Cara memasak:
1. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
2. Ambil 3 sudu besar minyak bekas gorengan terung tadi, dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa, dan udang kertas. Masak sehingga udang berubah warna. 
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Masukkan terung yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul dengan bahan tumisan.
6. Padamkan api dapur.

Kalau nak rasa lebih pedas, tambahkan cili padi dalam bahan kisar tadi.
Selamat malam!

4 ulasan:

  1. Amie, PH pun peminat terung especially masak dengan sambal. Nak cuba terung goreng berlada pulak this weekend :)

    BalasPadam
  2. Sedap tau! Lagilah kalau gunakan terung Taiwan.

    BalasPadam

  3. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    BalasPadam
  4. Amir,
    perkongsian diizinkan. Tq.

    BalasPadam