Teruja rasanya untuk mengunjungi Taman Botanikal Labuan setelah membaca cerita-cerita di sebalik taman tersebut dalam laman web Rasmi Perbadanan Labuan. Taman ini terletak di belakang lapangan terbang lama. Dahulunya tapak ini merupakan lokasi Rumah Kerajaan yang juga dikenali sebagai 'Bumbung 12' oleh pihak tempatan. Rumah tersebut dibina pada tahun 1852. Apa yang dapat dilihat pada hari ini hanyalah tangki simpanan air bersama sebuah kubur anjing.
Ketika kami tiba di sini, walaupun sekitar pukul 9 pagi tapi suhu sangatlah panas! Masuk percuma, tak perlu keluarkan duit he he heee.
Jom tambah informasi:
Taman Botanikal ini wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Rumah Kerajaan dibina di tengah taman ini pada 1852, dan menjadi kediaman rasmi Sir James Brtooke, gabenor pertama Labuan dan gabenor serta resident selepasnya. Bangunan kerjaan ketika itu turut menjadi tempat penginapan para tetamu kerajaan termasuklah Prince of Wales, King Edrward VIII yang melawat Labuan pada tahun 1922. Sebahagian daripada taman ini menjadi tempat ternakan lembu untuk bekalan susu serta mentega pada masa itu. Pada 10 Jun 1945, rumah kerjaan dan sebahagian taman ini musnah akibat pengeboman tentera bersekutu dalam usaha membebaskan Labuan dan Borneo dari pendudukan Jepun. Taman ini kemudiannya dinaiktaraf oleh Perbadanan Labuan bagi menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam dan para pelancong.
Fairuz sedang meneliti peta Taman Botanikal. Katanya ada kubur anjing di taman itu...
Jom, sambung cerita tentang Taman Botanikal:
Terdapat dua taman kubur di tanah Rumah Persekutuan ini, dan salah satunya bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dikatakan hasil pemindahan kubur-kubur dari Ramsay Point yang terletak di pesisir pantai kerana apabila air pasang, hakisan kubur terjadi. Salah satu kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846. Beliau jatuh sakit dan meninggal ketika usia 28 tahun.
Kubur anjing seperti yang disebut Fairuz tadi tu merupakan kubur seekor anjing foxhound (dikuburkan pada 20 Jun 1908) bernama Jim, anjing peliharaan M.S MacAthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beropersi daripada tahun 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Banyak pokok tua terdapat di sini selain landskapnya yang indah tapi cuaca yang panas terik membantutkan hasrat Amie untuk mengelilingi taman ini. Pokok-pokok tua di sini dipercayai ditanam oleh Hugh Low.
Tapi, Amie suka sangat dengan trek 10.00 langkah di sini. Agaknya kalau dekat dengan rumah, barangkali pagi petang rajin datang ke sini untuk berjoging....ahaks! Jalan 10,000 langkah jew tu!
Nampak sepi!
Entah berapa kilometer Firdaus berjalan! Naik turun tangga, naik bukit turun bukit!
Wokey. Tak larat dah nak jalan. Setakat ini sajalah dulu perkongsian tentang Taman Botanikal Labuan.
Terakhir: Masih tentang Rumah Kerajaan.
Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!
Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.
Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.
Sumber:
|
Tempat ni penuh bersejarah tapi seram jugak ya cerita di sebalik Taman Botanikal Labuan. PH ni penakut hee..hee..
BalasPadamMalam malam berhantu.tempat keras
BalasPadam