Baru sempat nak paparkan resepi.... Ayam Panggang Rosemary ini dah habis kami anak-beranak makan petang kelmarin. Tinggal rangkanya saja....
Yang eloknya kalau nak buat ayam panggang, pilihlah ayam sbulat seberat 1.5 atau paling berat pun 1.5 kg. Encik Suami pilih ayam yang agak besar... seberat 2.3 kg! Syukur Alhamdulillah... masak sekata walaupun Amie terpaksa tambah masa memanggang! Cuma... kurang comel sikitlah sebab kulit ayam terkopek sikit.... akibat tersentuh besi grill sebelah atas oven.... tangan kiri buka pintu oven, tangan kanan keluarkan dulang pembakar berisi ayam... tu yang buat ayam sedikit cacat. Satu lagi takut tak masak, Amie letakkan bahagian dada di sebelah bawah dan bukannya ke atas seperti kebiasaannya.
Amie gunakan resepi yang pernah Amie cuba beberapa ketika dahulu. Terima kasih buat WANA DARI POTRET KASIH dan IBUNDO DARI DAPUR BUNDO. Apa pun Amie ada melakukan ubahsuai sedikit mengikut kesesuaian hidangan yang Amie sediakan.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh - kalau nak guna ayam seekor bulat pilihlah saiz sederhana antara 1.4-1.5 kg.
7 ulas bawang pputih
1 sudu besar daun rosemary kering
3 cm halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis kasar
3 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 sudu besar perencah cukup rasa
1 biji lemon - perah jusnya
4 sudu besar minyak zaitun
10 biji kentang - kupas kulit
1 batang lobak merah - potong bulat setebal 1.5 cm
2 biji bawang Holland - kupas kulit dan belah 2
4 sudu besar mentega
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Tumbuk halia hingga lumat dan perah jus halia tadi pad ayam. Ratakan.
3. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
4. Tumbuk daun rosemaru kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar dan tumbuk.
5. Masukkan bawang putih goreng dan tumbuk bersama rempah yang lain.
6. Masukkan lebihan minyak zaitun semasa menggoreng bawang putih tadi, gula perang, garam, perencah cukup rasa dan jus limau ke dalam rempah tumbuk dan gaul rata.
7. Gaulkan rempah tumbuk ke seluruh bahagian ayam. Simpan ayam dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peri sejuk selama 4 jam.
8. Rebus kentang dan lobak merah 3/4 masak. Ketepikan. Lumurkan lebihan rempah tadi pada kentang dan lobak merah.
9. Susun ayam, kentang, lobak merah dan bawang besar di dalam dulang pembakar. Sapukan sedikit mentega pada ayam dan sayur-sayuran.
10. Bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan di antara 180 -200 darjah celcius, atau mengikut kepanasan oven masing-masing.
11. Bakarlah selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Amie bakar selama 1 1/2 jam sebab saiz ayam yang besar!
Jangan lupa sediakan sos lada hitam untuk dinikmati bersama ayam panggang ini. Gorengkan sebiji bawang besar Holland cincang dengan mentega. Tambahkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian masukkan 1 cawan susu segar, sos lada hitam dan juga lada hitam biji yang ditumbuk. Tambahkan sedikit kicap. Semasa anda mengeluarkan ayam panggang dari ketuhar, tentu ada kuah di bahagian bawahnya. Ambil kuah tadi dan masukkan dalam sos lada hitam yang sedang dimasak!
mmg sdp ayam rosmary ni Mie lama dh tk buat
BalasPadamBuat banyak kali pun... tak menjemukan kak Noor..:)
BalasPadamNi mmg fav
BalasPadamSedap sgt2❤️