Maaf...
Asyik paparkan menu ayam saja... apa nak buat, beberapa hari tak masak sebab sibuk menghadiri walimatulurus anak buah.
Malam tadi seisi keluarga ikut serta membeli keperluan dapur. Bukan main seronok mereka bila Amie kata...esok Mommy nak buat ayam panggang, coleslow daan kentang putar! Hmmm.... tak menyempat nak tangkap gambar sebab semua sudah duduk keliling meja dengan pinggan masing-masing! Tangkap sajalah mana yang dapat....ahaks!
Blok klik DI SINI dan DI SINI untuk melihat resepinya. Cuma bezanya dulu Amie gunakan madu dari Kundasang, tapi kali ini Amie gunakan madu dari Beaufort pula. Madu tualang... agaknya sarang lebah tu di atas pokok tualang kot. Tak kisahlah yang penting madu asli.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.5kg - bersihkan dan tos
Bahan A:
5cm halia - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1 sudu besar stok ayam pekat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada putih - tumbuk
2 sudu besar minyak bijan
Bahan B:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar stok ayam pekat
3 sudu besar madu
Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan kepanasan suhu 180-200' celcius. Amie panggang selama 90 minit.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.
Menu Amie kali ini ala-ala fusion gitu...sebab gabungan resepi timur dan barat. Amie gandingkan dengan coleslow dan kentang putar. Sebut pasal coleslow ni... memang tak pernah berbaki berbanding kentang putar! Kebiasaannya Amie tambahkan yogurt dalam resepi ini, tapi memandangkan tak ada stok yogurt, Amie gantikan dengan peraham limau kasturi. Rasanya? Tentulah sedap... kalau tak sedap mestilah banyak berbaki! Sedaplah tu...sebab habis licin 1 kg kubis! Oh ya! Satu lagi... Amie sediakan sos lada hitam sebagai kuah pencicah.
Tukang buat sos lada hitam tidurlah pulak! Selalunya dialah yang bersemangat sediakan sos pencicah yang sangat digemarinya itu. Fuad! Oh! Fuad.... tak apalah, mari kita semak resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - dicincang halus
3 sudu makan mentega
2 sudu besar tepung gandum
400ml susu segar
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
6 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Cara memasak:
1. Panaskan mentega dan goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
3. Seterusnya tambahkan susu segar.
4. Sambil mengacau sos, masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos tiram dan kicap manis.
5. Setelah sos mendidih dan kelihatan likat, padamkan api dapur.
Biasanya Amie terus hidangkan sos lada hitam ini begitu sahaja, tetapi kali ini Amie inginkan tekstur yang halus. Jadi Amie kisar bahan sos tadi seketika.
Kalau berminat untuk melihat resepi coleslow yang lalu, bolehlah klik DI SINI. Sebaik-baiknya sediakan dahulu coleslow dan simpan semalaman dalam peti sejuk biar meresap semua bahan. Hasrat hati memang nak buat begitu, tapi malam tadi Encik Suami singgah rumah kakak ipar dan balik rumah tengahmalam pula. Malaslah pulak nak turun ke dapur. Coleslow ini Amie sediakan dua jam sebelum dimakan. Rasanya? Sedaplaaa.... dah memang kami hantu coleslow...hiks!
Bahan:
1 kg kubis putih - bersihkan - bilas dan toskan - hiris halus dan cincang
4 cm lobak merah - hiris halus dan cincang - gunakan sedikit sahaja kalau tak mahu warna merah menyerlah dalam coleslow
1 labu bawang besar - hiris dan cincang
2 sudu besar jus limau kasturi - (kalau ganti dengan yogurt asli - gunakan 6 sudu besar)
10 sudu besar mayonis
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
P/S:
Kubis, lobak merah dan bawang besar tu Amie sagat...cepat siap!
Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk atau sekurang-kurangnya dua jam sebelum dinikmati.
Kentang lenyek tu pula, Amie rebus hingga empuk dan kemudian tambahkan hirisan leek. Toskan airnya dan kemudian letak semula di atas api dapur. Masukkan susu segar, mentega, sedikit lada putih tumbuk dan secubit garam. Leceklah sampai lenyek.... mmmm.. aromanya sungguh mengamit selera!
Wokey...
Selamat mencuba! Sesekali menjamu keluarga dengan ayam panggang memang best! Proses penyediaannya tiaklah sesuakar mana... hanya mahu atau tidak, itu sahaja...ngeeee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan