Pages

Ahad, 31 Januari 2016

Jalan-Jalan di Sekitar Jeti Semporna

Ke Semporna bukan bererti semestinya mengunjungi pulau-pulau di sekitarnya. Banyak perkara lain yang boleh kita saksikan di sekitar pekan ini, terutama di kawasan jeti umum yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan terkenal iaitu Dragon Inn Floating Resort. Selain itu di kawasan berhampirannya juga kita boleh berhubung terus dengan agen pelancongan yang menguruskan pakej ke pulau samada hanya untuk pergi dan balik, menginap dan juga beraktiviti seperti scuba diving, snorkeling, island hopping dan sebagainya. Antara pulau yang anda boleh kunjungi  untuk aktiviti seperti snorkeling termasuklah Pulau Sipadan, Mabul, Kappalai, Mataking, Sibuan dan Pom Pom.


Replika ikan layar... menunjukkan Semporna memang sinonim dengan hasil lautnya yang merupakan salah satu punca pendapatan penduduk setempat.... dan juga sebagai 'syurga' seafood yang terkenal.

Sebenarnya banyak tempat di kawasan persekitaran yang Amie kunjungi tapi tak sempat ambil gambar. Ketika melalui tempat menjual ikan di waktu malam, memang geram sangat tengok ikan-ikan segar tapi keadaan yang penuh sesak membuatkan Amie membatalkan hasrat. Begitu juga ketika mengunjungi pasar pada pagi minggu, teringin turun dari kereta melihat sendiri pelbagai jenis jualan, tapi terpaksa simpan di hati memandangkan kesukaran Encik Suami mencari tempat letak kereta.

Di sini... lapang...
Tiada hiruk-pikuk keriuhan seperti di pasar. Jom kita jalan-jalan di sini.

Jom laaa... masuk ke sini.

Teruuuuss jalan... entah berapa meter jauhnya.

Apa yang ada di sini... bolehlah klik entri yang sebelumnya ye...

Kali ini kami nak tengok ikan besar.
Kena beli tiket harga RM2.00 seorang
Firdaus...FOC.


Banyak jugalah ikan di sini... tapi terpaksa tengok dari atas saja. Datuk nenek dan moyang kerapu yang besar-besar semuanya tidur bawah jeti.... tak dapat tangkap gambar. Ni.. yang dapat tangkap ni cuma ikan putih jew...

Ni pulak... kulit kima, sejenis kerang laut yang besar.


Boleh buat tempat cuci tangan.

Tengok tempat lainlah pulak... dibahagian luar, dekat tepi jalan. Sesiapa berminat bolehlah hubungi operator pelancongan di sini untuk berurusan. 






Jom tengok air laut nan menghijau... di Dragon Inn Floating Resort.

Nampak tenang dan mendamaikan.

Mari kita tinjau-tinjau keadaan di sini, mana tahu akan datang teringin nak menginap di sini pulak. 

Kedatangan kami disambut oleh replika seekor ikan keratang @ ikan kerapu gergasi.

Di bawah replika ikan tu ada tulang yang ori... lupa nak tangkap gambar.

Wokey... sudah tentulah kita nak tahu harga untuk bermalam di sini. Ooooo... lebih kurang harga hotel biasa juga. Bulan depan kita  bawa anak-anak bermalam di sini ye Encik Suami :)

Kalau nak shopping barangan cendera kenangan bolehlah datang ke sini... buka pintu bilik penginapan, terus nampak. Harga mampu beli bah itu... marilah beli barangan tempatan untuk kenang-kenangan dari Semporna.


Seganlah nak ambil gambar banyak-banyak sebab datang tengok-tengok saja. Oh yaa... nak beli mutiara di sini pun okey... cantik-cantik belaka, tapi taklah sebanyak yang dipaparkan di Kota Kinabalu atau Tawau.

Nak makan pun banyak tempat boleh kita pilih. Kami singgah di sini untuk sarapan pagi.

Ni kita punya... roti cobra dengan kuah kambeenn...

Ni Encik Suami punya pesanan... murtabak ayam.

Agaknya terlalu kelaparan kot... lepas mandi laut! Fairuz pesan dua keping roti, satu roti kosong dan satu lagi roti telur. Fuad pun sama. Faris saja pesan sekeping roti cheese. Firdaus tu... habis makan sekeping roti telur!

Ketika makan malam di tepi laut. Ada beberapa buah restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu di sini. Pilih sajalah mana yang berkenan di hati.


Ini mee basah....

Ini me goreng seafood.

Ini kita punya... lupa apa namanya.

Nanti nak datang ke sini lagi... santai-santai makan dan minum.


Sebelum tinggalkan pekan Semporna, sempat sekali lagi menyusuri tempat ini.

Harapan... moga lain kali dapat ambil gambar pemandangan di kalan mentari terbit dan ketika mentari beradu.... tentu syahdu gitew... hu hu huuuuu.





Jumpa lagi di lain entri tentang Semporna.


3 ulasan:

  1. Maaf bertanya.. misal kata klau Kita pergi pekan Semporna, Dan menginap di sana pun boleh kan? Cume ambil boat utk pergi ke pulau.. dn balik smula ke pekan Semporna..

    BalasPadam
  2. Farah,
    sorry baru terbaca.
    Ya, boleh. Banyak pakej disediakan.

    BalasPadam