Pages

Rabu, 16 September 2015

Cerita Pasal Petai, Udang & Birthday Fuad

Selamat bercuti.
Selamat menyambut Hari Malaysia.
Semoga jerebu cepat berlalu. Rindu kat sinaran sang mentari....
Hari ini cerita-cerita biasa saja. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menyakitkan hati. Kita masak Sambal Ikan Duri. Tambah petai sikit.


Kita cerita yang menyakitkan hati dulu...
Balik dari aktiviti kokurikulm di sekolah, kita singgah beli petai di pasar Sri Perdana. Harga 1 kg RM15. Terpikat sebab matanya nampak besar. Selalunya di sini harga 1 kg RM18-RM20. Kita pun belilah 1 kg. Dah beli petai, singgah beli daun kesum dengan bunga kantan dekat Makcik A. Makcik A tanya, berapa harga petai yang dibeli, sebab gerainya bersebelahan dengan tempat kita beli petai. Kita jawablah, 1 kg. Berapa harga? Tanyanya lagi. RM15, kita jawab. Mari Makcik timbang petai tu, katanya.
Cikgu lihat tak? Berat petai ini sampai 1 kg kah?
Eh! 750 gramlah!
Banyak kali dia menipu pembeli. Banyak kali pembeli pinjam timbangan Makcik untuk timbang semula. Tadi ada seorang ustazah timbang semula di sini, kata Makcik A.
Balik rumah, kita timbang semula dengan timbangan kita!  Benar!  Betul! Tidak mencecah 1 kg, tak sampai 800 gram... hanya sekitar 750 gram!
Bertuah punya peniaga sayur! Bertahun-tahun kita percaya kat dia, kita pelanggan tetap dia sebab sayurnya banyak, segar dan mulutnya peramah melayan pelanggan! 
Agaknya selama ini kita seringkali tertipu! Timbangan nanas, timbangan tomato, limau nipis dan macam-macam lagi! Maklumlah kita main ambil dan tak tengok dia timbang sebab kita nak cepat, kita pun pilih sayur-sayuran lain sementara dia menimbang! Baru teringat, timbangannya dia letak di bawah, jauh sedikit dari tempatnya, dekat pula dengan gerai jual buah! Kita pun akui... tak pernah perhatikan jarum timbangan!

Mata petai tu besar... 
Kuranglah sikit rasa nak marah-marah. Di hati kita berjanji, kalau tak kerana terpaksa kita tak akan singgah di gerai sayurnya lagi!
Hmmm...
Nak cerita pasal Fuad pulak.


Birthday Fuad pada 14 September 2015. Genap umurnya 17 tahun. Tapi katanya, dia tak mahu sambut birthday macam tahun-tahun lepas. Sibuk trial exam.... tapi tengok petang tu lepas balik sekolah, tidur saja pun. Encik Suami telefon, tanya berapa umur Fuad.... 18 atau 17 tahun? Adeeeehhhhh .... bapaknya! Umur anak sendiri kok sampai dilupa sih? He he heeee.....

Dengan muka sembab baru bangun tidur, terus nak potong kek yang Encik Suami bawa pulang. Si kecil Firdaus pulak yang tak sabar nak potong!

 Nampaknya anak dengan bapa lebih kurang saja saiznya! Inilah baru dikatakan anak bapak!

Mulanya Fairuz tak mahu bergambar, tapi Encik Suami paksa juga sebab nak kirim tunjuk pada Abang Farid. Fairuz tu.... nampak mata putihnya saja... sebab rentung di Felda Sahabat 16, balik dari aktiviti perkhemahan pengakap!

Ha ha haaa... kelakar betullah muka Fairuz!
Untuk Fuad... selamat ulang tahun. Belajar rajin-rajin. Jangan tinggalkan solat! Jadi contoh yang baik untuk adik-adik.
Wokeh.... itu cerita gembira.
Kita sambung cerita gembira juga....
Pada masa yang sama selepas beli petai, kita pergi ke pasaraya. Kita nak beli udang. Kalau beli udang di pasar selalulah rasa nak buang.... sebab udang di bahagian atas elok, tapi bila kita beli dicedoknya dari bawah. Sampai rumah dua tiga ekor saja nampak besar, yang lain kecil-kecil dan buruk! Apalagi kalau beli sotong atau ikan saiz kecil seperti ikan basung @ selayang! Kalaulah penguatkuasa hal ehwal pengguna selalu buat pemantauan, tidaklah pembeli selalu teraniaya. Tapi pembeli atau pengguna yang bijak sebenarnya boleh membuat pilihan. Masalahnya, kalau kita nak pilih sendiri, peniaga tak bagi! 
Kita beli udang kertas saiz sederhana kecil. Sebenarnya, sama juga masalah udang dengan petai! Amie pun banyak kali kena tipu.... sampai rumah bila timbang balik kadang-kadang berat udang cuma 600 gram!
Entah kenapa hari ini nak membebel pasal selalu kena tipu!
Belei telur pun sama juga! Kalau dekat hari-hari perayaan, terang-teranganlah ditipunya kami mentah-mentah... telur gred B katanya telur gred A! Hadoooiii!!!!
Wokeh... kita tengok Udang Goreng Mentega dengan Telur Bersarang di bawah ni.

Puas hati beli udang di pasaraya sebab selain segar tak bercampur aduk dengan yang buruk, kita pilih sendiri dan timbangannya tepat!
Apa yang kita alami ini, pernah tak berlaku pada diri anda?


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. memang sakit hati bila kena tipu macam tu kan amie. lepas ni boikot aje kedai orang yang tak jujur tu. ehh... baru perasan petai dijual kat sana kira timbang ye? kalau kat sini kira papan. dorang siap2 ikat berapa papan utk beberapa rm. kalau kat kampong beli dari orang kampong pun sama ikut papan. tahun ni harga petai jatuh merudum separuh harga biasa. tahun lepas kat kampong (beli dr pembekal/org kampong) 100 papan rm40, tapi tahun ni 100 papan rm20 je. balik kampong hari tu sempat suami beli 100 papan. dah siap berbahagi2 dgn adik beradiknya yg sama2 balik kampong.. dapatlah kami bawa balik & perisikan isinya dan simpan dlm peti sejuk. baru sempat buat sambal tumis dengan udang... sama menu kita... tp madiha belum sempat nak update lagi... hihi...

    apa2pun.. happy birthday untuk Fuad.. moga berjaya dlm pelajaran & jadi anak yg soleh berbakti pada ibu bapa & masyarakat. amin...

    BalasPadam