Selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2015, esok!
Wokeh.... direct to the point...ngeeee!
Tak kenal maka tak cinta. Tak mencuba sesuatu masakan tak tahu apa rasanya, enak tidaknya Tak rugi sembang dengan kawan-kawan tentang resepi tradisi mereka. Dapat juga kita tambah pengetahuan dalam dunia masakan yang luas tak bertepi, dapat juga kita mengolahnya menjadi hidangan buat santapan keluarga.... Alhamdulillah, keluarga kecilku tidak cerewet dengan apa jua hidangan yang disajikan.
Pada suatu hari....
Setelah beberapa kali bersembang dengan rakan sekerja Puan Hajjah Al Maidah Al Kanta dan juga Puan Hajjah Sitti Jaliha Haji Salman, Amie pun dengan penuh rasa teruja cuba memasak hidangan istimewa sempena sambutan hari raya suku kaum Bajau Ubian dan Bajau Sibutu. Kedua-dua etnik ini bermastautin di bahagian Pantai Timur negeri Sabah.
Menurut Hajjah Al Maidah, hidangan tradisi yang wajib pada pagi raya sudah tentunya Nasi Kuning atau Buas Kuning mengikut bahasa mereka. Buas Kuning dihidangkan bersama Ikan Kayu Goreng atau Daeng Landang-Landang Mangkuk-Mangkuk, Manuk Ballahan Lahad atau Ayam Masak Kampung dan juga Payau Ballahan Ittom atau Rusa Masak Hitam.
Kata Hajjah Al Maidah lagi, hidangan ini diletakkan di dalam talam bulat, dan kuih wajib yang mesti ada ialah kuih penyam, pisang emas yang montel-montel (dalam gambar tak berapa nak montel) dan tembikai. Kemudian hidangan dalam talam tadi dibungkus dengan kain batik dan di bawa ke masjid. Selepas menunaikan solat sunat hari raya mereka akan menjamu selera dengan hidangan yang dibawa. Ada pun saiz setiap hidangan boleh menampung 3 hingga 4 orang untuk menikmatinya!
Nah! Unik bukan?
Mungkin sekarang jarang ditemui suasana sedemikian, namun sekurang-kurangnya Amie cuba ketengahkan tradisi ini agar tidak terus luput di telan zaman.
He he heee... semua masakan yang dikongsi Amie boleh olah, kecuali satu... kuih penyam! Atau kuih penjaram.... beberapa hari lepas Amie kongsikan di FB tentang nama kuih ini. Macam-macam panggilan... ada yang sebut kuih penderam, penjeram, topi, cucur jawa, topi mexico, jompo-jompo dan seorang rakan FB Thyaga B Rajan mengatakan... ini kuih orang India... paniyaram! He he hee.... tak sangka, masakan merentas budaya... mampu dibawa untuk menelurusi sejarah kedatangannya!
Kuih penyam @ penjaram dalam talam di atas itu merupakan hasil tangan Amie yang pertama... tak berapa menjadi! Yang sebenarnya seperti gambar di bawah ini. Nanti, ada masa terluang Amie kongsikan resepinya dan gambar cara membuatnya yea....
Kuih penyam @ penjaram @ paniyaram ini menggunakan bahan yang sangat mudah didapati, dan semuanya ada di dapur anda! Tapi nak membuatnya tu.... hu huhuuuu Amie sendiri lebih 3 kali mencuba! Tiga kali buat adunan, dan ada adunan yang masuk.... sebab sakit hati tak dapat bentuk kuih seperti yang diharapkan! Padahal pada suatu ketika dulu Amie sering perhatikan penjual kuih ini menjual sambil menggoreng dalam kuali kecilnya di pasar! Waktu itu, dalam hati berkata... senangnya goreng kuih ni. Tuang adunan satu senduk terus jadi macam obor-obor! Laris pula tu, maklumlah kuih masih panas! Bila cuba buat sendiri, baru tahu.... mau nangeeesssss dibuatnya!
Adunannya pun banyak versi. Ada yang kata bubuh tepung itu, tepung ini, gula itu atau gula ini, perap 1/2 jam, perap 8 jam, perap semalaman, tak payah perap dan macam-macam lagi. Eh! Banyak merepeknya pula dah....
Wokeh.... yang di bawah ini Amie masak kali kedua. Terpikat dengan keenakan Manuk Ballahan Lahad atau Ayam Masak Kampung. Apa yang enaknya? Masakan yang serba ringkas ini hanyalah olahan mudah daging ayam bersama labu kundur, dengan menggunakan bahan segar termasuk cili padi, kunyit hidup dan serai. Mak.... wangi dapur tau bila aroma Manuk Ballahan Lahad menyerang!
Hajjah Al Maidah kata, Daeng Mangkuk-Mangkuk Landang-Landang itu, atau dalam bahasa kita Ikan Kayu Goreng juga hidangan wajib! Hanya dua jenis ikan saja yang digunakan iaitu ikan kayu saiz besar dan juga ikan tenggiri! Nantilah... lain kali kita cerita yea...
Sebahagian masakan ini pernah tersiar dalam majalah SAJI Edisi Ogos 2015 DI SINI.
Alhamdulillah... sekurang-kurangnya ada juga media cetak yang sudi ketengahkan masakan tradisi ini. Sayang sangat kalau lama-kelamaan hilang tenggelam tidak diketahui ramai. Mudah-mudahan tulisan ini akan menjadi salah satu bahan rujukan kepada pencinta budaya dan resepi tradisi warisan khususnya generasi muda!
Terima kasih buat Puan Hajjah Al Maidah dan Puan Hajjah Sitti Jaliha kerana sentiasa sudi berkongsi resepi, dan terima kasih daun keladi kepada yang sudi datang ke dapur maya kami... jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan