Pages

Rabu, 19 Ogos 2015

Sedapnya Rendang Udang!

Orang kata kalau dah namanya udang, masak apa pun sodap!
Iyo laaaa tu!



Bahan-bahan:
1 kg udang saiz besar – bersihkan
500 ml santan pekat
3 sudu makan kerisek
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 cawan hirisan daun kunyit
4 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
15 biji cili padi
3 biji cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai

Cara:
1     1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2     2. Masukkan santan, dan bancuhan pati asam jawa. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
3    3. Apabila kuah mulai pekat, masukkan udang bersama kerisek dan hirisan daun kunyit.
4    4. Kacau sekali-sekala sehingga terbit minyak.



Membebel: 
Lain kali kalau nak masak udang, buang siap-siap kulitnya tu... jadi ketika makan taklah buat dua kerja.... makan sambil kupas kulit udang.... hiks!

5 ulasan:

  1. Salam kak Amie...
    Sedapnya rendang udang....malam2 ni bikin terliur oh....

    BalasPadam
  2. Memang tak pernah try lagi sebelumni. Tq bagi idea yang bernas. All the best!

    BalasPadam
  3. salam amie, nampak sedap je, nak cubalah nanti, tq sharing resepi ye.

    BalasPadam
  4. Betul tu Amie, udang masak apa pun sedap! Tengok rendang udang yg Amie masak ni pun dh tahu mesti sedap !!

    BalasPadam