Pages

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H & Selamat Ulang Tahun Buat Encik Suami.

Setahun ia datang, setahun ia pergi... hilang dan muncul kembali.... Alhamdulillah kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bersamanya... Ramadhan al-Mubarak!


Waktu Imsak di tempat kami pada pukul 4.22 pagi dan berbuka pada pukul 6.24 petang. In shaa Allah... 

Sahaja Aku Berpuasa Besok Hari Bagi Menunaikan Fardhu Bulan Ramadhan Bagi Tahun Ini Kerana Allah Taala.

Sempat juga meraikan ulang tahun Encik Suami yang jatuh pada hari ini. Memandangkan Firdaus terkena chicken pox, kepala Amie pun asyik berpusing berdenyut sebab tak cukup tidur dan tak cukup rehat selama 5 malam, jadi tak sempat nak buat sebarang bersediaan. Kami sambut secara kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah.

Apa pun... harapan kami moga Encik Suami berbahagia, sebagaimana beliau sentiasa cuba membahagiakan kami sekeluarga! 

Seamat berpuasa!

5 ulasan:

  1. assalamualaikum amie...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa Amie & Selamat Hari lahir utk Encik Suami

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Amie, selamat hari jadi utk encik suami.

    BalasPadam
  4. SALAM RAMADHAN KAK..MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
  5. Birthday suami amie sama dgn bday suami sy.. slmt hr lahir...

    BalasPadam