Pages

Sabtu, 13 Jun 2015

Kacang Gajus Buat Kudapan

Masa begitu pantas berlalu...
Tak terasa setahun telah menghilang, dan akan menjelang kembali Ramadhan ... hanya beberapa hari sahaja lagi. Dan kemudiannya, tibalah Syawal. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi lebih banyak keberkatan dalam hidup kita, dalam amal ibadat kita... in shaa Allah. 
Cerita tentang Ramadhan yang akan diganti dengan kedatangan Syawal, sudah tentunya mula terbayang juadah hari raya. Selain juadah utama seperti ketupat rendang, pastinya ada kuih muih dan segala biskut sebagai pelengkap hidangan. 
Antara kudapan wajib hari raya yang Amie sediakan sudah semestinya kacang gajus goreng. Amie hanya perlu goreng dengan menggunakan marjerin, tanpa garam atau perasa lain. Mmmm... nampaknya kacang goreng gajus merupakan antara kudapan yang terlaris selain popia mini!

Petang tadi Amie kononnya cuba-cuba olah kacang gajus agar lebih berperisa. He he heee... kita tengoklah apa kejadiannya di bawah ini.

Amie campurkan kacang gajus goreng bersama bawang putih goreng, ikan bilis goreng, daun kari serta sedikit serbuk kari. Garam tak bubuh, sebab ikan bilis dah ada rasa masin. Ikan bilisnya pula, selepas Amie bilas dan toskan airnya, Amie taburkan sedikit tepung beras, nak bagi rasa rangup sikit.

Bahan-bahan:
600 gram kacang gajus
200 gram ikan bilis
2 cawan hirisan bawang putih
1 sudu makan serbuk kari
3 tangkai daun kari - lurutkan
minyak

Cara:
1. Goreng bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak bekas gorengan bawang putih tadi, gorengkan kacang gajus bersama daun kari. Angkat apabila kacang gajus berwarna kuning keemasan. Toskan.
3. Seterusnya goreng ikan bilis hingga garing.
4. Dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan dan taburkan serbuk kari. Gaul rata.
5. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Nampaknya kudapan seperti ini hanya boleh berada di dapur saja.... Amie & Encik Suami makan, susah nak berhenti!

5 ulasan:

  1. Mmmg sedap kacang gajus ni.. sebab lemak sangat.. apa lagi kalau digoreng mcm ni...

    BalasPadam
  2. Sedapnya Amie. Nak buatlah untuk raya nanti. Terima kasih Amie.

    BalasPadam
  3. saya tak boleh berenti kalau makan kacang gajus!tak tau lah macam mana nak berenti kalau dapat makan yang Amie buat ni..

    BalasPadam
  4. salam singgah ...sedapnya kak amie.. ini yang paling mengidam ni ..

    BalasPadam
  5. sangat menarik! saya tak pernah mkn gajus dgn ikan bilis.. mesti sedap!

    BalasPadam