Kalau berbuka puasa bersama Bonda, mesti... wajib ada pembuka mulut yang manis, cukuplah manis-manis buah atau manis-manis manja. Kalau tak ada kurma, Bonda akan cari juga makanan yang manis seperti pisang, dan sudah tentunya ada kolak! He he heee... kolak yang dimaksudkan ialah pengat. Macam-macam jenis pengat Bonda sediakan. Hari ini pengat keladi, esok pengat pisang, lusa pengat ubi, tulat pengat keledek....oooooh! Macam-macam jenis manisan yang berbeza akan terhidang sebagai juadah berbuka puasa. Dan sudah tentunya bubur som-som yang lemak manis tidak ketinggalan... bukan buat setiap hari, tapi jiran keliling rumah akan saling bertukar juadah dengan bubur som-som tadi!
Lepas alas perut dengan manisan, kami tunaikan solat Maghrib. Maknanya makan berat dikemudiankan.
Itu cerita dulu....
Ini cerita hari ini.....
Encik Suami memang suka makan mee goreng dari zaman dahulukala. Kalau boleh setiap kali berbuka puasa dapat mee goreng kosong pun jadilah... katanya! Dia tak makan nasi kalau dah makan mee goreng. Anak-anak pula, tidaklah terlalu memilih menu. Apa yang dihidangkan itulah yang dijamah. Amie pula, dapat jus buah segelas dua sudah memadai. Jadi, eloklah Amie goreng mee yang ringkas, tapi bubuh perencah lebih sedikit sebab Fairuz & Fuad pasti akan mencari bahan perencahnya. Tak perlu masak nasi sebab mee goreng, popia otak-otak, jus avokado sudah cukup mengenyangkan. Encik Suami pula rajin tolong potong tembikai. Cukuplah!
Amie tak bubuh cili kisar, sebab tak mahu rasa pedas... Firdaus pun nak ikut berbuka puasa tau! Nanti kepedasan pulak bujang kenit tu! Kalau anda suka pedas, bubuhlah cili kisar atau hirisan cili.
500 gram mee basah / mee kuning - bilas dan toskan
400 gram isi / dada ayam - hiris nipis / kecil
10 ketul lobster ball - belah 4
1 cawan hirisan lobak merah
15 batang daun kucai - potong sepanjang 3 cm
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 labu bawang besar - cincang
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 sudu makan minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam dan tumis lagi hingga masak.
3. Tambahkan hirisan lobak merah dan lobster ball. Gaul rata.
4. Masukkan mee basah / kuning, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis.
5. Gaul sebati dan kemudian taburkan daun kucai serta serbuk pati ayam.
6. Kacau sekali dan dua dan padamkan api dapur.
Alhamdulillah.... hari ini kami berbuka puasa tepat pukul 6.24 petang.
Selamat berpuasa kak amie..lama tak singgah sini..
BalasPadamSelamat berpuasa kak amie..lama tak singgah sini..
BalasPadamSalam Amie...nampak menyelerakn mee goreng tu...yg penting kluarga suka & mengenyangkn.Alhamdulilahhh..
BalasPadamAlhamdulillah..macam ni pun best buka puasa.ringkas tapi sedap.
BalasPadam