Pages

Isnin, 30 Mac 2015

Cerita Tentang Sup Betik

Banyak kali juga Amie paparkan resepi sup betik... betik masak sup dengan daging ayam dan lain-lain. Apa istimewanya hidangan ini? Bagi Amie ia begitu istimewa sebab Amie suka.... ha haaaa....

Kali ini Amie kongsikan paparan hidangan sup daging ayam dengan betik. Pilihlah betik mengkal atau betik setengah masak yang masih keras. Cara memasaknya mudah saja. Masukkan betik bersama daging ayam ke dalam periuk dan tambahkan air sehingga menutupi paras bahan masakan. Masukkan belahan bawang besar, dan pecahkan beberapa ulas bawang putih serta sedikit halia. Jangan lupa masukkan lada putih tumbuk. Untuk menambah keenakan sup ini Amie tambahkan jagung manis! Waduh..... tambahkan lagi daun selasih @ kemangi sejurus sebelum dipadamkan api dapur! Jangan lupa taburkan serbuk pati ayam secukup rasa.  Memang sup ini amat menggoda selera ketika dihidangkan panas! Apalagi kalau ada sambal belacan dan ikan goreng! Jika suka pedas, masukkan beberapa biji cili padi dalam sup ini.... waaalllllaaaaa... bayangkan rasa pedas lada putih bertemu dengan cili padi! Berasap beb!!!!
Jadinya... pastikan anda menikmatinya di kala tengahari... bersama nasi panas! Sediakan tuala untuk lap peluh yang menitik di dahi.... ahaks!

 Hidangan di atas tu.... tak cukup hirup seorang... kena tambah lagi!

Biarpun ada hidangan lain, sup betik tetap menjadi pujaanku!
Hidangan di atas merupakan menu kami kelmarin, tapi malas pulak nak taip resepi... alahai, resepi biasa-biasa saja tu, tak ada yang luar biasa.

 Ayam Masak Kicap.... yang memang menjadi menu kegemaran anak-anak!

Sambal Goreng Jawa yang tak berapa nak jadi Jawanya.... tapi ada tempe, suhun, tauhu kering, udang kering, kacang panjang dan petai.... okeylah tu kaaan, buat melepas rindu!

Dan tidak ketinggalan.... satu lagi menu sup betik! Kali ini Daging ayam campur betik dan white fungus. Sluurrrpppp.... sluurrrpppp!

2 ulasan: