Pages

Isnin, 30 Mac 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 18) : Bersantai di Pulau Sapi & Pulau Manukan

Seingat Amie ketika itu tengahari bolong... panas membahang! Tapi dek tiupan angin laut yang nyaman membuatkan kami terlupa teriknya pancaran matahari.... Bot laju yang kami naiki membawa kami dari jeti menuju ke Pulau Sapi, barangkali 15 minit (tak catat masa) merentas laut nan biru.... Kami terlupa buat seketika kaki kami yang sebenarnya lebih banyak terdengkut-dengkut ketika berjalan....!

Dah sampai pun ke Pulau Sapi... seingat Amie, terakhir sampai sini pada 1992 atau 1993! Berapa puluh tahun tu?

 Seronoknya tengok pengunjung & pelancong datang beraktiviti di sini... 
Gambar di ambil ketika kami menaiki jambatan dari bot laju menuju ke pintu masuk Pulau Sapi.

 Selamat datang ke Pulau Sapi.

 Wah! Nampak bersemangat nak menjelajah pulau pulak yea...

Sebenarnya ketika ini ramai sangat pelancong berada di sini... tapi Amie tak berapa minat nak ambil gambar sebab kebanyakannya 'ikan basung' kata kawan-kawan ekspedisi... 

Kami mengambil tempat di sudut...
Sib baik beli nasi ayam penyet dan air mineral di gerai makan di jeti sebelum naik bot, kalau tidak alamat kebulurlah kami. 

Junizam & Along sudah mula nak main air.... he he hee Junizam terus sihat bila sampai pulau! Kakinya terus baik bila berendam dalam air masin... katanyalah! Tapi tak tahulah... 

 Lupa nak tayang tiket masuk pulau... RM3 saja.
Tarikh: 17 Februari 2015.
Mak aaiiii... lamanya baru sempat buat entri!


Orang kata alamg-alang dah sampai sini, eloklah cuba aktiviti laut yang sudah disediakan. Wokeeeyyy... yang lain tu biarlah dengan urusan masing-masing, sebab Amie tengok semasa di jeti mereka kumpulkan tulang ayam penyet... rupanya nak bagi makan ikan sewaktu menyelam!

Kami pilih aktiviti yang tak basah...nak cuba terbang dari pulau ke pulau! Kalau tak silap kena bayar RM60 seorang.

Kononnya kami berzipline... nampak tak gambar di atas tu!The Longest Zipline in Borneo! Nak melintasi jarak sejauh 250 meter dari pulau ke pulau dalam masa 22 saat!
Kami menaiki bot menuju ke sebuah pulau, dan adeeehhhh.... kena daki bukit! Entah berapa meter tingginya! Ya Allah... sesungguhnya kami sudah fobia dengan anak tangga, dengan yang tinggi-tinggi dan dengan yang kena turun-turun... saaaakitnya lutut, sakitnya kaki!

 Mula-mula... Fauzan & Jamasri... 
Akmi tukang ambil gambar dari pulau tempat mereka mendarat!

Nano pulak sangat takut!
Terpaksa ambil beberapa minit untuk menenangkannya supaya boleh meneruskan berziplinenya!


 Akhirnya Nano dan Bell selamat mendarat di pulau seberang dengan jayanya!

Tengok giliran Amie & Kamsiah pulak ye... nun yang halus tu.... kami! Tak rasa takut macam Nano... sebaliknya rasa sangat teruja nak rasa macamana aktiviti ini boleh kami lalui...

Oooo...oooo dah nak dekat menghampiri pulau... berteriak sekuat-kuatnya untuk mengatasi rasa gayat!

Wooo... Kamsiah sampai dulu... patutnya Amie sampai dulu sebab lebih berat berbanding Kamsiah, tapi rupanya cara kaki kita tu yang menyebabkan lambat atau cepatnya sampai.... Kalau kaki ke depan, memang cepat sampai.... eh! Betul ke...


Memang tak rasa takut... tapi bila dah sampai... rasa takut yang amat sangat sampai tak boleh nak lepas tangan macam Kamsiah, macam nano, macam Bell... macam Fauzan & Jamasri tu!

 Pemandangan di bawah kami...

Huh! Lega.... Tapi lebih baiklah aktiviti zipline ini berbanding dengan naik rooler coaster di Legoland dulu tu... memang rasa nak mati!

 Kawan-kawan yang lain ikut beraktiviti... parasailing...wooooo

 Memang sah... dah lupa kaki yang sakit! Tu... si Ijat sama si Along! Bell pun berparasailing jugak!

Kali ini tak berapa nak berjalan... jadi tak banyaklah gambar boleh dirakam. Tengok-tengok sajalah paparan di atas tu, kalau datang ke Pulau Sappi cubalah ikut aktiviti yang diminati.

Datanglah awal ke sini... kami datang dah agak lewat, jadi tak sempat nak ikut banyak aktiviti.

Kami kata.... ruginya kalau seharian duduk di tempat penginapan, atau shopping di KK... kan lebih baik jalan-jalan ke pulau... Kami tak mau turun ke pulau sebab sakit kaki, sekarang dah tak rasa sakit kaki lagi... walaupun sebenarnya masih sakiiiittt!

Balik semula ke Pulau Sapi tempat kami letak makanan tadi... tengok si Ramlee... adeeeh kesiannya adik bongsu kami ini....

Kebanyakan masa Ramlee duduk saja di sini... naaaa... kakinya belum baik! Tapi sebenarnya Ramlee yang merancang semua ini... bawa kami singgah pulau!

Sesekali... ambil gambar pemandangan!
Sejuk mata memandang!


Oh! Kami terpaksa tinggalkan Pulau Sapi untuk menuju ke Pulau Manukan pula. Memandangkan hari hampir petang, dan hampir tidak dibenarkan ke Pulau Sapi... guide kami berusaha juga untuk bawa kami ke sana.
Selamat tinggal Pulau Sapi... kata Kamsiah.

Sempat tangkap gambar ketika melintasi jambatan dari Pulau Sapi menuju ke bot laju. Lain kali nak juga masuk laut!
Kali ini kami memang benar-benar kecut perut sebab nak cepat sampai, bot laju pun dipandu laju-laju.....


 Sampailah kami ke Pulau Manukan... juga pulau yang pernah Amie kunjungan antara tahun 1992-1993 dulu....

Rasanya kami duduk-duduk berehat sahaja di tepi pantai sambil menikmati aiskrim dan mengunyah makanan ringan. Tak tahulah kawan-kawan lain buat apa.... masuk laut lagilah tu!

Suka sangat tengok pemandangan di sini. resortnya pun cantik.... kalau nak menginap di sini, sila tengok harga di bawah ini...


 Di sini lebih santai berbanding Pulau Sapi. Tapi... mungkin hari hampir petang kot...



 Penat dah... tak tahu nak kata apa lagi...

 Hei Lelaki Perkasa.... meh kita balik KK. Dah petang ni... kang tertinggal bot!

 Baliklah....

 Kami ni kumpulan terakhir tinggalkan Pulau Manukan!

 Eh! Ada lagi... Ramlee tertinggal di belakang... sib baik belum tutup pagar!

 Nampak hening....

 Baliklah kami ye... ada rezeki kita datang lagi ke sini.

Sampai di KK, kami solat Asar, lepas tu jalan-jalan sekejap... Kamsiah pula leka di gerai-gerai kraftangan... Tu pasal mukanya tak ada di bawah ni...

Inilah rupa yang baru turun dari gunung, terus ke pulau dan lepak di KK....

1 ulasan:

  1. Assalam kak amie...dah lama pasang angan2 nak ke KK.Teringin gak nak menawan puncak kinabalu...kalau tak sampai atas half way pun jadilah..tp masih tak kesampaian...
    Cantik tul negeri Sabah ni...
    TQ kongsi gambar2 menarik..boleh lah cuci mata..feeling2 dah sampai sana hihi

    BalasPadam