Pages

Ahad, 29 Mac 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 17) : Dari Gunung Turun ke Laut!

Ketika itu.... tarikh 17 Mac 2015 bersamaan hari Isnin. Cuti Tahun Baru Cina. Tapi Azman kena balik LD sebab tak dapat cuti.... sekolahnya tak ambi cuti. Petang kelmarin... sebahagian daripada ahli ekspedisi bertolak pulang ke LD. Rasanya Misa, Pyan balil LD. Jill balik ke Tamparuli. Mimie... suaminya datang ambil. Entah siapa dan berapa orang yang masih bersama kami, tengokah nanti berdasarkan gambar berikutnya di bawah ini....
James memandu van dari Kundasang sampai ke Menggatal, tempat penginapan kami pada malam itu. Kononnya kami sepakat dah tak mahu jalan lagi... nak berehat! Kaki sakit, peha sakit, betis sakit.... jalan pun dah tak betul... apalagi kalau jumpa tangga! Adeeehhhh.... kesengsaraan mula terasa! Dah! Cukup sampai di sini saja... esok tak mahu ikut ke mana-mana lagi!

Malam itu kami tidur lena... Menginap di homestay kepunyaaan James. Nano sebilik dengan Kamsiah. Cynthia tidur dalam bilik sendiri, begitu juga Akmi. Amie lebih selesa tidur di ruang tamu... yang luas dan tenang... sebab bila dah letih begini, nanti bunyi ngorok, bukannya aku sedar! 
Yang kami tahu... nak tidur puas-puas... nak berehat cukup-cukup! Cukuplah tu...

 Dalam mimpi kami..... Kononnya nak shopping saja, atau jalan-jalan saja....

Kami pun ... pagi itu santai-santai saja. Bangun pagi, masih dalam mood relaks... nak relaks sampai ke petang ke? Relaks macamana pun kaki tu tetap sakit! Haaa... korang manjakanlah kaki masing-masing ye... nanti kalau jalan pun dah tak betul, korang tanggung sendiri! Sakit kaki tu bukannya boleh baik sehari dua.... Malam tadi dengar khabarnya Junizam & Ramli pergi berurut! Kawan-kawan pun berurut juga tapi pakai minyak kayu kuda... aku? malas nak urut kaki... biarlah situ! Tidur lagi best! Bila bangun pagi.... baru ko tahu betapa sakitnya mula terasa!

Dah tahu sakit kaki... nak berehat, tapi tiba-tiba tercongok pulak di sini menunggu van yang dipandu James tiba! Ee'eelleeehhhh... apalah kami ni kaaannnn. Oh ya... baru teringat, Darwisah tak ada di sini sebab terus ke Inanam, menghadiri majlis kahwin keluarganya. Bellylyn pula balik ke rumah ibunya di Penampang. Cynthia akan berangkat ke Airport Kota Kinabalu dan akan terbang ke Singapura pada pukul 2 petang nanti. Katanya nak sambut Chinese New Year bersama familynya. Kamsiah... tidak ada dalam gambar, sebab tolong tangkap gambar di atas tu!


Sebenarnya kami ni nak ke mana pula? 
Ramlee cadangkan kami pergi ke pulau... 3 pulau katanya. Tengoklah nanti pulau apa kami akan sampai! Sementara Ramlee dan Along @ Anwar menguruskan tiket untuk ke pulau, apa kata kita tinjau-tinjau dulu keadaan di persekitaran berhampiran dengan jeti.

Dulu Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton, ibu negeri Sabah. Kota Kinabalu merupakan bandar keenam yang dirasmikan di Malaysia pada tahun 2000. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan.
 Tengok dulu gambar Jesselton.... 1910-an.

 Jesselton 1930-an.


 Selepas perang Dunia Kedua.

 Jesselton pada tahun 1950-an.

Sambil jalan-jalan cuci mata, dapat juga tambah ilmu pengetahuan...



 Isi perut dulu di Asian Cuisine Jesselton.

 Kelmarin kami kedinginan di atas gunung, hari ini mula rasa bahang panasnya angin laut!

Sebelum makanan yang dipesan tiba, posing dulu dengan topi masing-masing.... maklumlah nak menjejak kaki ke pantai ha haaa.... Topi di kepala kami tu baru saja dibeli....

 Cantik pulak topi ni kaaannn... topi Fauzan tu!

Pencarian cendol sudah berakhir...
Sebenarnya Amie teringin nak makan cendol sejak kami singgah di Ranau. Malam tadi pun cari lagi, tapi tak jumpa. Akhirnya terjumpa juga cendol idaman di sini.... kawan-kawan yang lain pun menyendol juga! Ingatkan... beta seorang yang mengidam cendol!

 Nasi Ayam Penyet.... hidangan pilihan ramai!

Ini hidangan untuk Fauzan... tak tahu apa namanya. Amie dan James pesan Char Kuey Teow tapi tak ambil gambar... sebab semua bahan tenggelam oleh kuah he he heee...

Kalau nak rasa santai menikmati hidangan sambil dibelai tiupan angin laut yang nyaman, datanglah ke sini....
Makanannya pun okey.... rasanya pun okey. Kami tapau makanan dari sini untuk di bawa ke pulau. Beli air mineral pun di sini juga.

 Dah kenyang makan.... posing dulu dengan Kamsiah... tayang topi!

Tengahari buta... yang panas... kami mula bergerak...oh ya! Ada si Bell di situ... yang pakai baju merah jambu! Sampai sudah Bell dari Penampang.

Hmmmm... ingat! Dalam gambar elok je jalan... padahal menyengir-nyengir hidung dan mulut menahan sakit kaki kalau nak turun atau naik tangga atau aras rendah dan tinggi!

Wah! Nampaknya ekspedisi belum berakhir...

Bersambung..... 



2 ulasan:

  1. tak terbang ker kak topi2 dek angin kuat naik speedboat ke pulau tu....

    BalasPadam