Pages

Jumaat, 20 Mac 2015

Ayam Masak Lengkuas.... sedapnya makan dengan nasi panas!

Tak payah nak tunggu hari raya baru nak jamah Ayam Masak Lengkuas. He he heee.... sekarang bila dah tahu resepi Ayam Masak Lengkuas @ Nasu Likku' masakan tradisi masyarakat Bugis ini, bila-bila masa boleh masak. Dulu, suka sangat kalau tiba hari raya... sebab jiran sebelah suka hantar Nasu Likku' siap dengan buras. Yang lebih sedapnya... sebab jiran gunakan ayam kampung! Tak dapat ayam kampung, gunakan ayam pencen pun boleh... tak ada ayam pencen Amie masak ayam daging saja.

Untuk resepi Amie yang lepas bolehlah klik DI SINI. Terima kasih sekali lagi buat kawan-kawan yang sudi kongsi resepi dengan Amie. Seronok dapat merasa resepi yang berbeza daripada resepi sedia ada yang biasa kita makan dan masak selalu. Kalau kita tak cuba mencicipi resepi daripada masyarakat lain, kita tak tahu rasanya, betul tak? Tak kenal maka tak cinta....
Jom kita tengok resepinya di sini.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) - potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
7 batang serai - ambil isinya yang putih - parut
1 liter santan pekat
4 sudu makan kerisek
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
garam ( perasa lain : optional)
Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Cara:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih.
2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata. 
3. Bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisek. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak .
4. Perasakan dengan garam /perasa pilihan secukupnya.
Ayam Masak Lengkuas diberi nama,
Nasu Likku' asal resepinya,
Mari nikmati bersama-sama,
Tanpa buras, nasi panas gantinya.

4 ulasan:

  1. Aduh sedappnya. Nak try heheheh. Thanks share!

    BalasPadam
  2. kak..ni memang fav wana..time raya baru dapat makan dirumah teman yang berbangsa bugis..erm, makan nda mau berenti...hihi

    BalasPadam
  3. Jemput join segmen ini ye . :) http://aztazhr.blogspot.com/2015/03/segmen-klik-iklan-nuffnang-by-aaizaatt.html

    BalasPadam
  4. Sedapnya Amie...

    BalasPadam