Pages

Jumaat, 20 Mac 2015

Apam Mentega Gula Hangus.... resepi mudah tapi sedap!

Petang kelmarin, kata Encik Suami ada majlis tahlil dan bacaan Yasin di rumah kakak ipar. Amie tanya Encik Suami... boleh tak Mummy bawakan sesuatu untuk kakak ipar? Oh! Sudah tentu boleh... jawapan Encik Suami kedengarannya sepantas kilat di hujung telefon. Memandangkan jam menunjukkan lewat pukul 4 petang, jadi Amie fikir buatlah sesuatu yang mudah, ringkas tapi sedap. Hasilnya, dapatlah Amie siapkan Apam Mentega Gula Hangus, tapi tak tahu berapa biji jumlahnya tapi lebih dari cukup untuk dinikmati bersama ahli keluarga. Pada masa yang sama, Amie ambil kesempatan buat adunan lebih untuk dijadikan sarapan pagi.

Boleh klik DI SINI untuk melihat hasil apam mentega Amie yang lepas.

Bahan A: Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air.
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.

Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. (Kalau takut melekat, oleskan minyak pada acuan - Amie tidak oleskan minyak tapi tak melekat).
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.

Bila nak cepat siap, hasilnya pun kelihatan asal jadi saja.... ahaks! Ini kes terlebih pukul telur dengan gula, jadi nampaklah besar-besar rongga berlubang he he heee.... Dan satu lagi, kalau nak nampak gebu naik, isi penuh-penuh dalam cawan acuan. Amie cuma isikan 3/4 bahagian sahaja, jadi walaupun naik tapi taklah melebihi paras acuan.

Apapun... apam ini tetap sedap! Malah lebih lembut umpama kapas.... itu komen Encik Suami. Yaaa.... isi apam mentega ini agak ringan berbanding apam mentega gula hangus yang pernah Amie hasilkan sebelum ini.

3 ulasan:

  1. Assalam.

    Nampak sedap wpun mudah utk dibuat. Boleh buat ni. Thx share resepi.

    BalasPadam
  2. As-Salam Amie..saya pernah buat Apam ni,bestkan.

    BalasPadam
  3. Salam. Adunan ni tak perlu diperap dlu ke sebelum kukus?

    BalasPadam