Pages

Khamis, 5 Februari 2015

Sedapnya Sambal Bambangan!

Hari ini Amie kongsi Sambal Bambangan.... dan resepi ini sesuai benarlah untuk orang yang kelam kabut berebut masa, dan untuk yang takut nak tumbuk cili padi dalam lesung! Amie kisar saja  cili bersama belacan dan sedikit bawang. Lepas tu gaul dengan isi bambangan yang sudah dicincang. Jom tengok resepinya di bawah ini.


Bahan-bahan:
1 biji buah bambangan - kupas kulit dan cincang - bahagi 2
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besar - hiris nipis - bahagi 2
20 gram belacan
1/2 cawan jus limau kasturi
3 sudu makan gula
sedikit garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan cili padi, cili merah, belacan, 1 bahagian bawang besar dan 1 bahagian buah bambangan cincang, jus limau kasturi, gula, garam / perasa pilihan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Campurkan bahan kisar bersama 1 bahagian lagi bambangan cincang.
5. Gaul sebati dan biarkan seketika sebelum dinikmati.

10 ulasan:

  1. buah bambangan ni buah mempelam ke @ macang?

    BalasPadam
  2. kakkkkk!!! sedapnya..kesukaan wana ni kak..makan sama nasi memang buat tambah selera..jadikan cicah ambuyat pun sedap..adui na terliur sudah..

    susah mau cari buah membangan skang ni kak..bukan musim..huu T__T

    BalasPadam
  3. Amie Acik biasa tengok buah bambangan masa kerja airport tapi tak pernah makan dan tak tau rasanya camna

    BalasPadam
  4. sedap Mie bambangan ni kan adusss terliurrr sudah

    BalasPadam
  5. X pernh mkan kak..nk kena Cari jgk bila kesabh nnt..k.nor dh trliur tu..kompom sedap neh.

    BalasPadam
  6. mcmanalah rupa buah bambangan tu ye amie... tak pernah rasa lagi... tp mesti sedap..

    BalasPadam
  7. Eiryz,
    buakan pelam & bukan macang.

    Bbwana,
    ooohh bukan musimnya ye... patutlah Encik Suami bawa sebijik je dari Kundasang!

    Acik,
    rasanya asam2 sikit, dan ada aromanya yang tersendiri.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kak Noor,
    wah! kalo ada gang suka bambangan memang tak tinggal baki makan bambangan ni kak...

    Zila,
    cari Zila, jangan tak cari.... buah ni kulitnya tebal, tahan lama tapi aromanya pun boleh tahan gak...

    Madiha,
    rupa dia bulat, kulitnya warna sawo matang, isinya bersabut bila dah tua, rasanya asam2 gitu...

    BalasPadam
  10. Amie, saya tak pernah dengar buah bambangan ni, rupanya macamana sis?

    BalasPadam