Pages

Jumaat, 6 Februari 2015

Resepi Mudah & Cepat : Ayam Masak Kicap

Salam sayang buat semua pengunjung yang dihargai.
Malam ini Amie kongsikan resepi yang sangat mudah, cepat nak siapkan dan sudah tentunya sedap. Satu lagi... sangat digemari anak-anak! Inilah dia... Ayam Masak Kicap! Amie bubuh ikit saja lada hitam walaupun sebenarnya suka nak bubuh banyak, tapi disebabkan Firdaus pun nak makan sama, kenalah utamakan anak dulu.... ahaks!

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong kepada 10 bahagian
1/2 batang lobak merah - buang kulit dan potong bulat
3 biji ubi kentang - buang kulit dan belah 2
3 batang leek - bersihkan dan potong sepanjang 4cm
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu makan sos tiram
2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 50ml air
4 sudu makan minyak

Bahan penumis:
3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 cm halia  - hiris nipis
4 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan hingga daging ayam layu dan kelihatan berubah warna.
3. Masukkan ubi kentang, lobak merah, kicap, sos tiram dan air.
4. Masak hingga daging ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan lada hitam dan tuangkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Masukkan leek, gaul sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

2 ulasan:

  1. batang leek tu nampak fresh :)

    nana suka ayam masak kicap lagi2 yang letak madu

    salam kenal sis
    jemput ke blog nana

    BalasPadam