Lari berganti di dalam guni,
Berlawan dengan Datuk Temenggung,
Berlawan dengan Datuk Temenggung,
Apa juadah untuk hari ini,
Secawan kopi sepiring talam jagung.
Secawan kopi sepiring talam jagung.
Alahai.... tak terpikat ke dengan Talam Jagung kita nan berketul-ketul ni?
Sekali lagi Amie tutorial dengan Makcik Hasma dalam buku resepinya, Talam Klasik Malaysia untuk menghasilkan Talam Jagung Berkrim. Seperti sebelum ini bahagian kepalanya Amie gunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan pes pandan segar bersama kulit kayu manis dan jintan manis, dan kemudian campurkan bersama santan sebelum ditapis.
Jadi, warna hijaunya bersahaja saja kaaann... warna hijau asli, sebab Amie tak bubuh pewarna. Tapi kalau ada daun pandan serani atau pandan suji tentu warnanya tambah cantik. Sayangnya Amie tak ada daun pandan jenis itu.
Amie kongsikan resepi asal Talam Jagung Berkrim. Amie buat comel-comel dalam acuan kuih lompang ni sebab suka tengok kejadiannya.... he hehhehe.
Bahan-bahan untuk Lapisan Bawah:
150 gram tepung gandum
90 gram tepung kastard
150 gram krim jagung
50 gram serbuk santan
1000 ml air
1 biji telur ayam gred A
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
Bahan-bahan untuk Lapisan Kepala:
4 biji telur ayam gred A
300 gram gula kastor
50 gram tepung gandung
sudu makan paras tepung beras
600 ml santan pekat
secubit garam
1/2 sudu teh pewarna hijau - Amie gunakan jus daun pandan (kisar 7 helai daun pandan dengan 1/2 cawan santan pekat)
1/2 sudu teh esen pandan / kelapa - Amie gunakan emulco pandan
1/2 sudu teh jintan manis dan 1/2 cm kulit kayu manis - tumbuk halus
Cara:
1. Sediakan adunan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan di dalam periuk tebal, gaul sebati.
2. Jerang di atas api sederhana, kacau hingga hampir pekat.
3. Matikan api, masukkan krim jagung, gaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang bulat berukuran 10" yang telah dilengser dengan sedikit minyak, dan kukus selama 20 minit. Gores permukaannya dengan garfu. (Kalau suka bolehlah buat dalam acuan kecil seperti yang Amie hasilkan).
5. Sementara Lapisan Bawah dikukus, sediakan adunan untuk Lapisan Kepala. Satukan jintan dan kulit kayu manis dengan santan, tapis ke dalam periuk tebal.
6. Masukkan telur, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan, gaul sebati.
7. Masukkan tepung, esen dan pewarna (Amie masukkan emulco pandan dan jus daun pandan), gaul sebati, kemudian tapis ke dalam periuk.
8. Jerang di atas api sederhana, kacau hingga naik wap.
9. Tuang ke atas Lapisan Bawah, kukus di atas api sederhana selama 30 minit.
10. Sejukkan sebelum dipotong.
Sekian... sukatan mata pelajaran sains rumah tangga untuk hari ini.
Gojesnya talam jagung Amie... nak ckit!
BalasPadamdah meleleh dah ni Mie tengok talam tu
BalasPadamRasanya saya pun ada beli buku yang sama. Pernah cuba 1 resepi yg lain belum lagi.
BalasPadamSedap ni untuk minum petang!
BalasPadamterpikat....macamana yg dinamakan pandan serani itu?
BalasPadamkak amie..nk 3 biji..comel2 talamnya..nyummnyummm ^_^
BalasPadamSedapnya tengok. Kalau dekat, dengan tak malunya saya mintak sikit hehehe.
BalasPadam