Selamat berhujung minggu rakan-rakan pengunjung budiman.
Sambil bersantai-santai apa kata petang ini kita berkenalan dengan salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis di Sabah iaitu Ayam Masak Lengkuas atau dalam bahasa Bugis disebut Nasu Likku'. Menurut teman Bugis Amie iaitu Puan Kamsiah Idris & Cik Warite, nasu membawa maksud masak, manakala likku' pula bermakna lengkuas. Bila Amie tanya, ayam dalam bahasa Bugis, mereka kata manuk. Jadi, kenapa tidak disebut Manuk Nasu Likku'? Menurut mereka, Nasu Likku sudah cukup membawa makna Ayam Masak Lengkuas. Oh... begitu, terima kasih buat kedua-dua rakan sekerja Amie yang sudi melayan Amie dan bersembang tentang resepi ini.
Sebenarnya, Puan Kamsiah Idris pernah memberikan Amie resepi Nasu Likku' bersama buras atau burasak, beberapa tahun lalu tapi baru hari ini Amie berkesempatan memasak sendiri! Selama ini Amie seringkali makan Nasu Likku' pemberian jiran, sebab jiran kiri dan kanan Amie memang keturunan Bugis. Jiran sebelah kiri dari Tawau, manakala jiran sebelah kanan pula dari Sulawesi. Amie pun ada biras keturunan Bugis juga. Jadi, masakan ini tidaklah asing bagi Amie kerana setiap kali menjelang hari raya memang Amie akan menikmati hidangan ini di rumah teman-teman atau di rumah jiran tetangga.
Amie perhatikan, pelbagai rupa bentuk Nasu Likku' ini. Ada yang kering, dan ada yang basah. Menurut rakan-rakan Bugis Amie, terpulang kepada citarasa masing-masing samada hendak berkuah atau kering. Hari ini, Amie olah cara sedikit berkuah sebab Amie biasa jumpa masakan yang begini.
Pada asalnya, ayam yang digunakan sudah tentulah ayam kampung. Kalau tak ada ayam kampung, kita boleh pilih ayam pencen. Kalau tidak ada ayam pencen, ayam daging pun boleh. Cuma pandai-pandailah mengolahnya supaya daging ayam tidak hancur sebelum kuah pekat atau kering.
Pada pendapat Amie, cara masakan Nasu Likku ini tidaklah jauh bezanya dengan merendang! Bezanya Nasu Likku' banyak menggunakan lengkuas dan tidak pedas.
Bila Amie bersoal jawab dengan Encik Google, ternyata masakan ini sudah dipelbagaikan. Ada yang masak cara rebus, ada yang tumis bahan perencahnya dulu. Ada pula yang menambah rempah-rempahan. Sama juga seperti rendang yang kini sudah dipelbagaikan resepinya dan muncul banyak versi dan variasinya!
Untuk masakan Nasu Likku' seboleh-bolehnya Amie ingin mencuba resepi aslinya, atau resepi tradisional! Menurut Cik Warite, orang dulu-dulu akan parut lengkuas, kemudian dicuci dan dijemur selama satu hari sebelum digunakan. Dan pesanan kedua-dua rakan Amie ini, eloklah Amie parut lengkuas dan jangan dikisar kerana kalau dikisar tekstur lengkuas tidak akan kelihatan dan tidak asli lagi. Ada juga versi lengkuas dihiris halus, tapi Amie pilih untuk memarutnya. Disebabkan tiada sukatan yang diberikan, dan hanya percakapan secara lisan jadi Amie agak musykil berapa banyak serai perlu diparut. Menurut mereka, disebabkan resepi ini berasaskan lengkuas jadi janganlah pula serai mengatasi lengkuas! Oh....! Kena pandai-pandailah mencari nisbah antara serai dengan lengkuas pula. Apa pun terima kasih banyak-banyak buat mereka, dan akan Amie paparkan resepi mengikut sukatan yang Amie gunakan untuk tatapan bersama.
Sebelum terlupa... katanya Cik Warite, resepi asal turun temurun ini tidak menggunakan gula atau perasa lain selain garam! Resepi asli nenek moyangnya... hanya direbus, dan bukan ditumis. Ohh... ya ..yaaaa!
Jom kita lihat resepinya:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) - potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
7 batang serai - ambil isinya yang putih - parut
1 liter santan pekat
4 sudu makan kerisek
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
garam ( perasa lain : optional)
garam ( perasa lain : optional)
Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Syukurlah Amie terjumpa parut kecil yang masih elok. Bolehlah parut lengkuas.... ha hahaha entah berapa tahun tak pernah memarut! Takut-takut juga terparut jari. Alhamdulillah.... lengkuas dapat diparut, jari pulak selamat!
Nampak tak serai di sebelah parutan lengkuas tu? Kena parut juga ye... pelan-pelan aje, jangan kelam kabut!
Dah siap pun! Amie campur parutan lengkuas dengan serai. Kita dah nak mula masak nih. Suka hatilah nak guna periuk atau kuali. Jom angkat periuk letak atas dapur. Buka api dapur sekarang....
1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih
2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.
3. Sementara menunggu kuah menjadi pekat, ringan-ringankanlah jari jemari tu menumbuk kerisek!
4. Lepas tu, jengoklah masakan dalam periuk, dan bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisek. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak tapi hati-hati jangan sampai daging ayam terkoyak, maklumlah kita gunakan ayam daging! Pada masa ini bolehlah masukkan garam atau perasa lain mengikut selera masing-masing. Kalau nak kuah menjadi kering, bolehlah teruskan perjuangan mengeringkan kuah, tapi kalau suka yang basah berkuah macam Amie buat, bolehlah padamkan api dapur. Kebanyakan Nasu Likku yang Amie jumpa, kuahnya agak basah, dan ada juga yang kering... tapi, antara kedua-duanya sama saja sedapnya, cuma yang basah tu senanglah kita nak cicah dengan buras.
Setakat ini sajalah perjuangan kita....
Tapi... rupanya perjuangan belum selesai! Kita kena carikan gandingan mantap untuk Nasu Likku' ini. Pasangannya tak lain dan tak bukan sudah semestinya buras atau burasak.
Ada dua jenis buras iaitu buras yang diperbuat daripada beras biasa dan satu lagi daripada beras pulut. Ada masa terluang nanti kita tutorial buat buras pulak ye... Yang leper berdakap berdua tu buras daripada beras, manakala yang bulat panjang tu buras daripada beras pulut.
Kalau musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, menu ini merupakan menu wajib dalam kalangan masyarakat Bugis! Tengok tu.... dek kerana terkenalnya hidangan ini sampai Amie yang bukan Bugis ini pun tidak asing lagi dengan Nasu Likku' dan buras!
Cantikkan dunia masakan.... memang meriah! Macam-macam ada.
Sekian, cerita di petang minggu yang nyaman dari pantai timur Negeri di Bawah Bayu.
Jumpa lagi.... Assalamualaikum.
Parut lama... da lama tK tengok... uma saya da berkarat...ape pn salam perkenalan... and follow die sekali sebb nak belajar masak dgn die...
BalasPadamSalam Kak Amie cayannnggg..
BalasPadamBestnya dpt berjiran dgn pelbagai bangsa.. boleh bertukar2 resepi kan.. Yana amek dulu resepi nii..nmpk sedap je..InsyaAllah nnt nk cuba ^_^
seronoknyee...belajar masakan bangsa lain pulak. tapi nasu likku' tu dah lebih kurang mcm rendang ayam jugalah ye? cuma dia guna lebih banyak lengkuas..mcm best je. nanti boleh cuba ni. tapi burasak tu nk buat mcm mana pula tu?
BalasPadamNampak sedap masakan Amie ini..saya suka masakan letak banyak lemgkuas, yummy!
BalasPadamKalau kakak biasa makan burasak dgn rendang dan kuah kacang atau kari. Kali ini ada pulak Nasu Likku yg baru pertama kali kakak tahu. Tak pernah pun makan Amie. Mesti sedap sebab aroma lengkuas dan serai..
BalasPadamAyu,
BalasPadamtq sudi datang sini... takut2 juga nak guna parut ni, sebab dah lama sangat tak memarut... dibuatnya terparut tangan huhuuuu....
Yana,
silakan Yana, boleh masak kering atau basah.
Ita,
saya rasa pun macam merendang juga, burasak tu nanti lain kali ada masa saya kongsi
Zanita,
BalasPadamlengkuas banyak khasiatnya ye...
Kak Zakie,
saya memang dah terbiasa makan nasu likku' di sini kak, cuma baru berkesempatan masak di dapur sendiri
TQ FOR THE VIVID PICTURES & POSTING!
BalasPadamWaw!! Rencananya saya ingin bikin ini saat lebaran nanti untuk ayah saya yg suku bugis asli telah lama merantau ke kalimantan... thanks resepnya ya....
BalasPadamWaw!! Rencananya saya ingin bikin ini saat lebaran nanti untuk ayah saya yg suku bugis asli telah lama merantau ke kalimantan... thanks resepnya ya....
BalasPadam