Pages

Selasa, 4 November 2014

Mari Merendang Lokan.... buat yang pedas!

Ketika daku mencari info bersama Encik Google tentang lokan, daku terjumpa serangkap pantun seperti di bawah ini:

Pagi-pagi mengutip lokan,
Lokan dikutip di tepi laut,
Cantik bukan kaya pun bukan,
Mengapa pula hati terpaut?

Sumber: Kamus Dewan

Kata Cikgu Wekipedia Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan tetapi, tidak seenak tiram.

Oyoyoooooo.... tiramkah? Seingat Amie hanya 2 kali dalam hidup ini makan tiram! Kali pertama ketika bertugas di SMSD tahun 1997 (kalau tak silap), itu pun ketika Jabatan Laut Negeri Sabah buat pameran tentang hasil laut di sekolah. Ada pula tiram yang dibawa serta pencungkilnya yang diperbuat daripada besi... masha Allah! Tapi tak ingat pula berapa ekor (apa penjodoh bilangan untuk tiram?) yang kami makan. Cuma yang Amie ingat kawan Amie ajar... sebaik sahaja tiram keluar dari kukusan, tambahkan cili sos, kicap dan perahkan jus limau kasturi!

Dan kali kedua makan, semasa menghadiri kursus semakan kurikulum selama seminggu di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Itu pun... tiram atas ais... tiram mentah ke? Entah... dah tak ingat rasanya!

Jadi, tak ada tiram, lokan pun berguna yooooo.....

Bahan-bahan :
500 gram isi lokan
300ml santan cair
500ml santan pekat
3 sudu kerisek
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 helai daun kunyit - hiris halus
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili padi minyak
3 biji cili merah
5 batang serai - hiris nipis
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara:
1. Didihkan bahan kisar bersama santan cair. Biarkan hingga wangi dan sebati.
2. Masukkan lokan, santan pekat, dan pati asam jawa.
3. Biarkan masak dengan api panas sederhana.
4. Apabila kuah mula pekat, tambahkan kerisek, garam / perasa pilihan dan hirisan daun kunyit.
5. Padamkan api dapur setelah terbit minyak dari bahan masakan.


                      Kalau lokan... Amie suka ratah aje... liat-liat juga, tapi sedap!

5 ulasan:

  1. Lain dari yang lain ni Kak Amie..selalu makan lokan masak Kari, rebus atau panggang..mesti sedap..wana ni penggemar lokan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum amie menyelerakan sungguh nampak rendang lokan amie ni.susah gak nak carik lokan kat area Uj ni...

    BalasPadam
  3. saya tak pernah makan lokan lah..tengok bahan2 tu sedap tu

    BalasPadam
  4. kena cuba nie....thanks untuk resepi ye kak amie

    BalasPadam
  5. Nampak sedap la Amie..

    BalasPadam