Semalam, 14 September genaplah Fuad 16 tahun. Amie selalu memanggilnya sebagai anak tembikai. Ini merujuk kepada peristiwa lebih 16 tahun lalu ketika mengandungkannya. Ketika itu jerebu melanda berbulan-bulan lamanya. Akibatnya banyak buah-buahan tidak menjadi. Kebetulan pula Amie alahan teruk, dan hanya boleh makan tembikai saja. Setiap hari Encik Suami membeli separuh buah tembikai merah yang besar, dan itulah saja yang mampu melepasi tekak Amie. Pernah satu kali Amie terpaksa dirujuk ke hospital sebab muntah yang keterlaluan, tidak boleh berhenti sehingga menyebabkan saluran di bahagian tekak luka, berdarah! Terpaksalah diberi injection untuk menghentikan muntah.
Fuad lahir seberat 3.02kg, pukul 11.30 pagi. Sebaik saja lahir dan dipotong tali pusat, jururawat meletakkannya di atas dada Amie. Bonda kata kali ini Amie bersalin kembar air, sebab banyak air yang keluar sebelum melahirkan. Masha Allah.... anak ini sangat bersih! Tiada sebarang kesan darah atau lendir pada tubuhnya. Rambutnya sangat lebat dan hitam! Dan selepas itu... kerja anak kecil ini tidur dan tidur!
Fuad minta hari ulang tahunnya disambut pada waktu malam. Katanya kalau disambut pada waktu pagi, ada di antara rakannya tidak dapat hadir kerana pergi ke gereja. Hari ini hari gembira untuknya, jadi biarlah Fuad kongsi kegembiraannya bersama rakan-rakannya. Entah berapa kali Amie tanya, berapa orang rakannya akan hadir. Entah.... itu jawabnya. Bila Amie desak, adalah dalam 8 atau 9 orang, jawabnya. Amie pun serba salah, sebab tak boleh nak agak berapa yang datang. Pening juga kepala Amie dibuatnya. Sebelum ini kalau sambut ulang tahun anak-anak Amie ambil pada hujung bulan iaitu 30 September, sempena ulang tahun abang Farid. Senang sekali harung, sebab Fuad lahir 14 September da Fairuz 19 Seeptember. Kali ini giliran tarikh Fuad pula diraikan, sebab Farid sudah nun jauh di UKM, Bangi. Encik Suami kata, biarlah sediakan lebih makanan, jangan sampai kurang.....
Amie tak sempat ambil banyak gambar sebab sibuk di dapur! Amie masakkan mee goreng, nasi goreng, kentang panggang, coleslow, dan laksa. Menu utamanya sayap panggang. Cerita panggang memanggang tu semua di sebelah luar....
Bila Amie tanya Fuad tentang kek ulang tahunnya, katanya tak payahlah ada kek. Bukan orang makan pun! Baguslah kalau begitu Fuad, Mummy taklah sibuk nak buat kek... ekekekekkeee.... Jadi malam tadi, ceritanya tak ada kek harijadi. Dah rezeki budak satu ni, kakak sepupunya datang bawa sebiji kek aiskrim.
Ketika Amie tengah sibuk di dapur, datang pula rakannya, Ahmad Farhan membawa sekotak kek untuk Fuad. Jadi, daripada tidak ada kek, tiba-tiba Fuad ada dua biji kek! Alhamdulillah.... rezeki Allah.
Pada mulanya, kawan-kawan Fuad yang datang terus duduk di luar sambil memanggang sayap ayam dan sosej, sehingga kami terlupa tentang kek dan makanan yang lain di dalam rumah. Seronok pula tengok anak-anak bujang bergembira memanggang sayap ayam sambil makan-makan bersama. Yang sedang memasang lilin atas kek itu rakan sekelas Fuad, iaitu Mohd. Tarhamiz merangkap ketua kelasnya.Tengok tu.... ada daya kepemimpinankan?
Dua biji kek hari jadi Fuad.
Selamat ulang tahun buat anakanda Mohd. Fuad. Moga ceria selalu, sihat walafiat dan rajin mengulangkaji pelajaran. Hiasi diri dengan peribadi mulia, mudah-mudahan nanti bakal menjadi salah seorang insan yang menyumbang bakti untuk agama, nusa dan bangsa.
Ini sajalah rakaman gambar yang sempat Amie ambil sebab, rupanya bukan 8 atau 9 orang rakannya yang datang tetapi melebihi 30 orang! Alhamdulillah, makanan cukup, sebab Amie dengar pesan Encik Suami supaya masak lebih. Jadi, bertambah sibuklah Amie di dapur, dan tak dapat melayan rakan-rakannya. Syukurlah di dapur Amie dibantu dua orang kakak ipar, dan anak-anak buah! Sesekali Amie sempat merakam gelagat rakan-rakan Fuad ikut pintu dapur!
Victor.... suka tengok Victor makan sayap ayam! Victor terus duduk depan tempat memanggang.... terima kasih Victor sudi datang memeriahkan majlis ulang tahun Fuad. makan kenyang-kenyang ya...
Terlepas pandang..... sayang ayahanda untuk anakanda yang dikasihi! Firdaus nampak jeles tu....
Tak dapat ambil gambar dengan jelas sebab dipenuhi asap, lagi pun nak cepat. Sayap ayam ini Amie perap semalaman, sebanyak 9-10kg, bersama 4 paket sosej.
Rupanya mereka suka makan santai-santai di luar rumah....
Tak dapat tangkap gambar sayap ayam panggang, dapat tangkap atas tangan pun jadilah he hehehe.... sekali lagi Amie tangkap gambar dari dapur... sambil buat kerja di dapur, sambil ambil gambar... adeeehhdeeehhh comotlah DSLR gue!
Jamuan berselerak... ikut suka hatilah ye, asalkan kalian kenyang dan berbahagia!
Kesian Fairuz.... biarlah kawan-kawan abang Fuad makan, daku berkorban memanggang sayap! Lucunya ko dik... piring dibuat kipas! Mana-manalah.... yang penting abang Fuad bahagia.Iyolaaaa...sempat lagi Fuad & kawan-kawan main futsal di depan rumah sebelum pulang ke rumah masing-masing!
Assalam Amie,
BalasPadamwah..dari 8-9 orang boleh ke 30 orang...kalau kita dah mencaca tu hahaha....
apap2pun nampak bahagia keluarga amie ni..
selamat hari lahir buat Fuad ya..
semuga Fuad menjadi anak yang soleh, dan berjaya didunia & akhirat insyaallah...:)
happy birthday fuad wah meriah lah rajin amie masak macam2 kalau kak noor fengsan tu janji 8-9 tup tup 30 orang mmg apa yag ada kuar dari dalam frezer hahaaa
BalasPadamSelamat hari lahir anakanda Fuad.. Moga terus cemerlang dan bahagia dunia akhirat.. ameenn..
BalasPadam