Ini bukan masak kicap sebarangan, walaupun hanya gunakan kaki ayam! Dan entah kali keberapa Amie masak begini, dan rasanya lebih dua atau tiga kali Amie kongsikan dalam blog. Sebelum itu bolehlah baca dulu tentang kaki ayam di laman ini : Ramai Antara Kita Tidak Tahu Khasiat Kaki Ayam
Asas atau cara masaknya sama saja dengan menggorengnya terlebih dahulu, tapi kali ini Amie ubah sedikit bahannya. Yang penting, objektif tercapai.... terlerai kulit dari tulang!
Walllaaa... nampak tak betapa lembut, bercerai kulit dari tulang kaki ayam tu? Ni tak payah nak gigit, hisap-hisap je! Tu pasal anak-anak suka meratah! Biasanya masakan kaki ayam begini di tempat kami dimakan bersama mee atau mee hoon goreng. Pelanggan akan berebut membelinya, walaupun RM1 hanya dapat 3 ketul saja! Bukannya 3 kaki ayam, tapi dari 1 kaki ayanm yang sudah dipotong dua!
Ramai yang sudah tahu, kaki ayam mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
So, carilah atau belilah kaki ayam yang masih segar macam di bawah ni.
Bahan-bahan:
1 kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu - goreng hingga masak
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan potong 2
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 sudu makan cuka
1/2 sudu makan garam
1 batang serai - diketuk
2 cm halia - diketuk
2 liter air
1/2 cawan kicap manis - Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang - cukup rasa & tak perlu bubuh perasa lain
1 sudu teh lada putih - tumbuk
minyak
Inilah rupa kaki ayam yang sudah digoreng hingga garing dan kemudian direndam dalam air sejuk selama lebih kurang 2 jam. Ada juga yang goreng kaki ayam sampai hangus, memang itu lebih baik... bila dah garing segaring-garingnya, rendam sekejap saja pun dah boleh terlerai kulit dengan tulang! Kita tengok cara penyediaannya di bawah ini.
1. Gaul kaki ayam dengan garam, cuka, serai dan halia. Perap seketika. Amie sengaja bubuh halia dengan serai sebab nak bau yang sedap!
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak betul-betul panas, masukkan kaki ayam tadi dan kemudian tutup kuali. Ini disebabkan ketika proses menggoreng, ada letupan-letupan kecil dan besar akan berlaku! Takut nanti habis berminyak satu dapur anda, dan paling nak kena jaga tangan dan muka kita.... nanti terkena percikan. Mungkin ada cara tertentu untuk mengelakkan berlakunya letupan, tapi Amie sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dengan menutup kuali. Biarkan kaki ayam masak dan garing. Amie tunggu sehingga minyak gorengan tidak berbunyi, dan kemudian baru buka penutup. Jika anda gunakan minyak yang banyak untuk goreng tenggelam, tak perlulah dibalik-balikkan kaki ayam tadi, sebab sudah masak dan garing sekata.
3. Angkat kaki ayam dan rendam dalam air sejuk selama lebih kurang 2 jam. Kemudian toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
5. Masukkan kaki ayam serta cendawan shiitake.
6. Gaul sebati, dan tambahkan kicap manis serta sedikit air. Masak di antara 7-10 minit.
7. Apabila kuah memekat, masukkan kentang yang sudah digoreng tadi serta lada putih.
8. Kacau sekali dua, dan matikan api dapur.
Tak mahu masukkan cendawan shiitake dan kentang pun tak apa.
Memang tak susah mana nak buat. Bila dah siap, anak-anak makan tak ingat emak bapak lagi dah...
Jika berminat, cubalaaah..... tapi kena ingat tentang letupan semasa menggoreng itu ya!
Ho! Ho! Ho!.. Sedap ni Amie..
BalasPadamwaa..waa..saya memang suka makan kaki ayam..tapi x pandai masak sendiri..tapi tengok cara kak amie buat macam senang pula..
BalasPadamwah ! boleh cuba resepi ni nanti. Memang fav saya tu ..
BalasPadamWah! Boleh cuba resepi ni untuk Ibu saya. Dia memang suka kaki ayam.
BalasPadamWah! Boleh cuba resepi ni untuk Ibu saya. Dia memang suka kaki ayam.
BalasPadamTp kalau goreng kaki ayam ni,minyaknye nk memercik..ada tips nk kurgkn kcderaan akibat prcikan minyak tum goreng kaki aym x?
BalasPadamtutup kuali semasa menggoreng.
PadamTp kalau goreng kaki ayam ni,minyaknye nk memercik..ada tips nk kurgkn kcderaan akibat prcikan minyak tum goreng kaki aym x?
BalasPadamMud,
BalasPadamsaya tak pastilah caranya.. ada yang kata tambahkan cuka... tapi untuk lebih selamat saya tutup saja, sebab nak bagi dia betul-betul garing.Tak payah usik, sebab dogoreng dlm minyak yang banyak.
Sedap ....
BalasPadamNak tny boleh?knpe perlu rendan dgn air sejok?
BalasPadamYa. Kenapa perlu rendam dlm air sejuk? Kalau skip step ni jadi tak? Atau rendam 10min shj, boleh ke?
PadamSpy kulit kaki ayan tu telerao dengan tulang. .sng nak mkn. .
PadamCara tak nak minyak merecik
BalasPadamPotong sedia kaki ayam dan jemur di atas panas matahari selama 1jam..insyallah tak memercik
Cara tak nak minyak merecik
BalasPadamPotong sedia kaki ayam dan jemur di atas panas matahari selama 1jam..insyallah tak memercik
Thank you resepi ni.. nak try juga..nampak sedappp
BalasPadamMcm sedap resepi ni..skrg pn ngah cba msk.
BalasPadamGorengkan kaki ayam guna air fryer.. Supaya tiada masalah percikan minyak😁
BalasPadamNak try masak esok.. Tq for sharing😍
BalasPadamWawww ada masa free nnti,aku nak try resepi ini,,menyelera kan betul resepi nya ni
BalasPadampetua untuk elakan letupan semasa mengoreng..masukan bawang putih dan bwwang merah brsama dngan kulit ke dalam minyak sbelum mula mengoreng..try lh😅😅..
BalasPadamNak Tanya macam mana buat kaki kembang macam lembut obor obor
BalasPadamTrbaikkkk...sy pon tgh grg kki ayam
BalasPadamMeletop2 dlm kuali...uiii
Nama: __ Hendi Zikri Didi
BalasPadamBandar: _______________ Melaka
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.
Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
BalasPadamName::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]