Pages

Khamis, 10 Julai 2014

Hati Berlimau : Kabd Ad-Dajaj Fi Salsah Al-Laymun

Orang kata kalau nak makan hati kenalah berulam jantung ha hahaa.... tapi kali ini Amie kongsikan Hati Berlimau! Kalau nak tahu apa rasanya, sedap tidaknya, berani-beranilah cuba masak.

Resepi : Hati Berlimau (Kabd Ad-Dajaj Fi Salsah Al-Laymun
Sumber : Buku Masakan Arab oleh Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
300 gram hati ayam - dipotong
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk
60 ml air
1/2 sudu teh rempah campuran (mixed spices)
1-2 sudu besar jus lemon
20 gram daun parsli - Amie tak ada stok
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara:
1. Gaul hati ayam dengan garam. Perapkan selama 20 minit.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Goreng hati ayam hingga hampir masak.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga berbau.
4. Bubuh air, serbuk lada hitam, rempah campuran dan jus lemon. Kacau selama 2-3 minit. Letak di dalam pinggan.
5. Taburkan daun parsli dan hidangkan.



2 ulasan:

  1. akak suka hati masak mcm ni alamat nak kena beli hati lah ni Mie, mengancam sungguh hati tu hitam2 manis

    BalasPadam