Pages

Jumaat, 11 Julai 2014

Kari Ikan Gaya Goa

Entah berapa kali Amie nampak resepi Kari Ikan Gaya Goa di dapur YATIE dan kemudian banyak kali juga terserempak dengan resepi yang sama di dapur YANA. Rupanya resepi istimewa ini dipanjangkan oleh sifu masakan kita, Che Mat Gebu yang asal usulnya diperkenalkan oleh Chef Wan.


Bahan-bahan:
600 gram ikan tenggiri - Amie gunakan ikan kaci
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

4 ulasan:

  1. Enak lho ki kak..aku baru sekali njajal.... :)

    BalasPadam
  2. Baru semalam saya pun masak kari sebegini. Tapi saya gunakan ikan bawal. Pun masukkan cili hijau dan biji sawi.

    Pastu rebus telur masin, goreng papadom. Arrhhh!

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie..
    saya pernah try resepi ni mmg sedap.Tp sayangnya tak buat n3..

    BalasPadam
  4. Salam kak amie.. tun selalu tgk kak ct zaliedana buat kari ala goa nih.. teringin nk try, tp bila nk buat tu, penyakit M dtg, guna je laa serbuk kari ikan. huhu

    BalasPadam