Pages

Khamis, 3 Julai 2014

Buka puasa dengan.... Udang Goreng Sama Petai

Masakan yang simple dimple... 
Anak-anak suka udang goreng. Encik Suami pula suka makan petai yang dimasak tapi rangup! Amie suka rasa sedikit pedas. Gabungkan sajalah... jadilah Udang Goreng Sama Petai.


Hasilnya pun okey juga... tak pedas, sebab cuma gunakan hirisan cili hijau campur cili merah. Sedap dihidang ketika masih panas dan makan dengan nasi putih. Amie gunakan 12 ekor udang kertas saiz besar, tapi itu pun tak habis sebab Amie sediakan juga ikan kerapu masak sos. Ada lagi juadah berbuka lain yang mengiringi... roti jala dengan kari daging serta mee kari. Kedua-dua juadah ini kiriman kakak ipar Amie dari kampung.

  
Bahan-bahan:
12 ekor udang kertas saiz besar - bersihkan dan belah belakang - gaul dengan sedikit garam dan kunyit
20 biji isi petai
1 sudu makan sos tiram
minyak
gara / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara:
1. Goreng udang kertas hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sehingga wangi.
3. Masukkan udang bersama petai.
4. Gaul rata sehingga petai berubah warna.
5. Perasakan dengan sos tiram, sedikit garam dan gula. Kacau beberapa kali.
6. Padamkan api dapur.


Udang... kalau masak apa pun tetap sedap kan... kannnn. Selamat berbuka puasa.

5 ulasan:

  1. wah, best betul menu tu kak amie..menggiurkan..erm..

    BalasPadam
  2. walapun simple tp nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  3. menggoda btul menu amie ni....

    BalasPadam
  4. Kak...arini menu kita in sha Allah udang goreng tepung...mmg dah lama orak tuku udang..menu akak ni 3 in 1 sehati seniwa..eheheee

    BalasPadam
  5. Sedapnya... btw ni google acct husband.. nama kita Ain Ravera aien_208@yahoo.com.sg

    BalasPadam