Pages

Jumaat, 4 Julai 2014

Menu berbuka puasa hari ini.... Popia Inti Sedap!

Bagiku popia yang dihasilkan petang tadi sangat sedap dan memenuhi selera seisi keluarga. Namun, sedap bagi kami tidak bererti sedap bagi anda.... apa pun, paparan popia kali ini sekadar untuk berkongsi rasa dan resepi. Untuk anak-anak kami yang kesemuanya lelaki, kalau duduk jauh di rantau nanti bolehlah buka blog ini sebagai rujukan, itu pun kalau rajin nak buat sebab Mummy tahu kamu semua 'hantu' popia. Di bawah ini Mummy sertakan langkah-langkah untuk membuat inti popia.


Antara bahan untuk inti popia yang gunakan termasuklah...


...lobak merah... ini memang diterima seisi keluarga sebab semua tak tolak lobak merah dalam sebarang hidangan! Tak tahulah pula dengan bahan di bawah ini....



Ini hirisan cedawan shiitake yang telah kembang dan lembut setelah direndam. Sebelum ini anak-anak tak berapa suka kalau Amie masak gunakan cendawan shiitake, tapi Amie dan Encik Suami suka. Selain rasanya yang lazat, aromanya juga merangsang selera dan yang lebih penting, sudah tentulah cendawan ini membawa khasiat untuk kesihatan... katanya sesiapa yang suka makan, awet mudalah kononnya!


Ini pula jagung biji ... dari setin jagung. Ini memang bahan rebutan anak-anak!



Amie tambah dengan isi ayam dicincang sebanyak 1 cawan. Dan untuk melazatkannya lagi, Amie tambahkan lagi dengan udang.



Udang kertas ini Amie cincang dan dapatlah lebih kurang 1 cawan juga.


Jangan lupa cincangkan bawang putih bersama bawang besar lebih kurang 1 cawan. Oh ya... anak-anak Mummy semua, bahan-bahan ini perlu ditumis sebelum dijadikan inti popia. Panaskan saja sedikit minyak dan tumis dulu bawang hingga wangi. Kemudian masukkan isi ayam, udang. Biarkan sebentar dan kacau sekali-sekala hingga bertukar warna.  Kemudian masukkan lobak merah, cendawan shiitake dan juga jagung. Gaul sebati. Tambahkan sedikit garam / gula / perasa pilihan. Padamkan api dapur.



Inilah hasilnya.... kalau berair, toskan kuahnya supaya kulit popia tidak basah atau bocor semasa menggulungnya nanti.



Sebelum itu, sediakan dulu kulit popia dan biarkan lembut supaya mudah untuk kerja-kerja menggulung. Jangan lupa sebiji telur.... hari ini baru Mummy tersedar, tak ada telur ayam di dapur! Yang penuh di peti sejuk ialah telur itik yang Nenda titipkan dari Selangor tempohari semasa Mummy singgah di kampung sebaik saja tiba dari Madinah. Jadi Mummy gunakan telur itik... entah pernah ke dibuat dek orang lekat popia dengan telur itik! Dah siap gulung, bolehlah goreng gunakan api sederhana panas. Bila popia kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dari kuali, dan toskan minyaknya.



Wokey... nampaknya anak-anak Mummy tak cerewet langsung bila sudah mengadap popia! Tidak seorang pun yang buang cendawan shiitake! Alhamdulillah.... Popia oh popia! Memang kami anak-beranak hantu popia! Oleh kerana inti popia ini sudah cukup sedap, anak-anak tidak sibuk mencari pencicah seperti kebiasannya! Serius! memang sedap... sangat sedap dimakan begitu saja!

10 ulasan:

  1. Salam kak amie.. cantik popia akak gulung.. kurus2 panjang :)
    tun hantu popia jugak.. tp biasa wat letak inti sengkuang karot tauhu ayam ngan tauge.
    husben tun suka sgt2 shiitake, tun xleh telan langsung.. siap pening lagi kalau termakan.hihi

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie..anakanda yana ni pun hantu popia jgk hehee..
    Mmg sedap inti popia kak amie..mcm2 ada ^__^

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie, wow sedap ! . cukup lengkap.. udang, ayam, cendawan,jagung. emm..boleh cuba nanti. Insya ALLAH

    BalasPadam
  4. assalamualaikum amie. Apa kabar. Lama tak menjenguk di sini.
    Selamat berpuasa..

    BalasPadam
  5. Sedapnyaaaa....krup krap krup krap...

    BalasPadam
  6. wahh sodappnyer popiah tu makk.,ahHKs

    BalasPadam
  7. Assalam hi klau sy nak tukar cendawan jenis lain boleh ke? Cndawan butang xpun tiram?

    BalasPadam
  8. Sal,
    waalaikumussalam... boleh juga, tapi tentu ada bezanya sebab cendawan shiitake kering tu ada aroma dan rasa yang tersendiri.

    BalasPadam
  9. Salam..saya pun dah try buka puasa..memang sedap makan begitu sahaja..sy x goreng..tp grill guna olive oil...memang sedap..makan begitu saja..xperlu sos pun xpa..

    BalasPadam
  10. Salam..saya pun dah try buka puasa..memang sedap makan begitu sahaja..sy x goreng..tp grill guna olive oil...memang sedap..makan begitu saja..xperlu sos pun xpa..

    BalasPadam