Pages

Isnin, 7 Julai 2014

Buka puasa dengan Ayam Ungkep!

Nak cari resepi yang mudah, ringkas tapi sedap memang senang! Tak payah susah payah fikir dan cari banyak bahan. Jadi, pilihan paling tepat rasanya masak Ayam Ungkep sajalah! Entah kenapa, sehari dua ini kalau buka puasa teringin makan yang agak pedas. Dan menu berbuka puasa kami sekeluraga pun simple saja, tak banyak juadah atas meja. Cukuplah sekadar nasi dan sejenis dua lauk dengan satu jug besar jus buah yang Amie buat sendiri. 


Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan 1 sudu teh  garam 1 sudu makan kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
1 sudu teh garam
1 sudu makan  gula pasir / gula melaka
perasa pilihan (jika suka)
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi 

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan (jika suka).                                            4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah hampir kering (jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering) dan ayam empuk, matikan api.


Wokey.... lauk tradisi Jawa yang mampu membuat anda menjikat jari! Dapat gaul nasi dengan minyaknya pun dah cukup sedap!

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum amie..aduh nampak sedap sungguh...

    BalasPadam
  2. wahh..sedapnya! family saya pon suka ayam masak ungkep ni, sy share resepi ni kat blog ye.thanks:)

    BalasPadam