Pages

Rabu, 9 Julai 2014

Acar Ikan Masin

Acar Ikan Masin yang Amie paparkan ini merupakan hasil masakan empat hari lepas. Untuk memenuhi permintaan Encik Suami Amie usahakan juga walaupun hasrat untuk memasaknya asyik tertangguh-tangguh! Setelah melihat sendiri hasilnya, dan tempoh ketahanannya, Amie pun tidak ragu-ragu untuk kongsikan bersama. Sebelum ini Amie memang selalu buat acar ikan masin terutama kalau kami balik ke Selangor, tapi tidaklah sampai 3 hari acar itu tahan, disebabkan ahli keluarga yang ramai termasuk anak cucu menantu yang datang bertandang, jadi larislah acar tadi!


Macam-macam cara untuk menghasilkan acar ikan masin. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing, dan yang penting acar ikan masin sememangnya tahan lama jika disimpan elok-elok dalam bekas kedap udara. Ada yang gunakan ikan talang, ikan kurau dan pelbagai jenis ikan lagi. Untuk acar Ikan Masin ini Amie gunakan 500 gram isi ikan yu masin.


Bahan-bahan:
500 gram isi ikan yu asin - rendam hingga lembut dan potong dadu
20 ulas bawang putih - kupas
20 biji bawang merah kecil - kupas
20 biji cili padi minyak
3 cm halia - hiris halus
3 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan pati asam jawa - bancuh dengan 50ml air
1/2 cawan cuka
4 sudu makan gula
200ml minyak
sedikit garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia serta bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, dan bancuhan air pati asam jawa.  Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili padi minyak, bawang putih, bawang merah serta ikan yu. Gaul sebati.
4. Setelah kesemua bahan tadi masak, tambahkan cuka, gula dan sedikit garam / perasa.
5. Perlahankan api dapur dapur dan biarkan masak sepenuhnya sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

5 ulasan:

  1. Salam Amie..

    Sedap tu Amie..penambah selera, kalau makan sahur ada acar ni, laju jugak jadinya.

    BalasPadam
  2. first time tengok,,nampak macam sedap dah tentu jadi pembuka selera.

    BalasPadam
  3. Hi Amie,

    Nak tanya. Chili padi minyak? Yang tu chilly oil atau Nama sejenis chili
    padi? Telamon goggle tapi yang keluar hanya chilly oil saja.
    Terima kasih

    Gopal

    BalasPadam
  4. Maaf, typo - Telah pun google tap **

    BalasPadam
  5. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi info tentang acar ikan masin dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-acar-ikan-masin.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    BalasPadam