Pages

Ahad, 6 Julai 2014

Udang Abu Dhabi : Murabyan

Orang kata kalau namanya udang, masak apa pun sedap! Betul tu... masaklah apa pun, rasa udang tetap lazat! Jom kita tengok udang masak ala Arab, Udang Abu Dhabi namanya atau dalam bahasa Arabnya Murabyan. Amie teruja nak cuba masak udang yang disalut tepung gandum, digoreng dengan minyak zaitun dan mentega bersama air. Kalau nak tahu hasilnya, cubalah sendiri! Pasti tidak mengecewakan.


Resepi : Udang Abu Dhabi (Murabyan
Sumber : Buku Resepi Masakan arab oleh Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
15 ekor udang saiz besar
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar daun ketumbar cincang
80-100 ml air
1 biji lemon - ambil jusnya
garam secukup rasa


Cara:
1. Bersihkan udang, buang kulit kecuali ekor.
2. Lumur dengan garam dan salut dengan tepung gandum hingga rata.
3. Cairkan mentega dan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga keemasan
4. Masukkan udang dan air. Kacau hingga udang masak, kemudian tambahkan daun ketumbar.
5.Letakkan atas pinggan dan renjiskan dengan jus lemon.

5 ulasan:

  1. Salam Kak Amie..nmpk sgh menyelerakan udang tu.. nnt boleh try resepi ni..bahan2 pun simple je..

    BalasPadam
  2. Alahai.... udang adalah paberet saya. Cuma tak pandai nak olah itu ini.

    Goreng celup tepung tu memang sedap lah!

    BalasPadam
  3. Nampak sedap je.... masakan udang ni.Bahannya pun mudah je. Bolehlah dicuba nanti resepinya.

    BalasPadam
  4. wahhh..jauh nama udang ni datang ye.. boleh cuba ni.nampak lain dari yang lain

    BalasPadam