Teringin pulak nak makan Ayam Gerang Asam!
Apa yang menarik tentang resepi ala nyonya ini?
Kalau anda perasan, selepas makan... walau sudah cuci tangan sebersih-bersihnya kecuali kalau banyak bermain sabun sebab cuci banyak pinggan mangkuk, anda masih dapat bau banyak aroma pada tangan anda! Apa tidaknya... tangan anda telah menggaul gerang asam bersama nasi... dan terdapat pelbagai gabungan bahan serta herba dalam gerag asam tadi! Bayangkan, bila daun kesum dan bunga kantan bertemu dengan belacan, ditambah pula dengan lengkuas dan serai, kunyit hidup tidak ketinggalan! Oh....! Sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini, anda patut mempelajarinya satu persatu supaya tidak tertinggal bahan masakan tersebut!
Bahan-bahan:
175ml minyak
0.5 liter air
35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1kg daging ayam - 10 keping
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 sudu teh gula
1.5 sudu makan serbuk ikan bilis
Bahan kisar halus:
25 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1.5 sudu teh serbuk belacan
Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.
Kalau nak tau lepas makan ada tertinggal bau atau tidak di tangan anda, kenalah cuba dulu!
Uniknya nama...memang belum pernah makan lagi ayam masak macam ni..:-)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam