Agak lama juga rasanya Amie tak paparkan lauk-pauk.... Kelmarin kena tegur oleh Encik Suami : Kenapa Mummy tak masak? Senang aje isteri mithalinya jawab: Malaslah! Hadoooooiiiii! Agak-agak bengang tak Encik Suami? Tak apa katanya. Kita boleh makan di luar. Itulah.... entah hangin apa yang melanda, atau disebabkan banyak tugasan yang perlu dibereskan, jadi selepas tamat waktu kerja Amie terus bawa Fuad makan tengahari di mana-mana kedai makan. Kalau ikutkan Fuad, memang hari-hari nak makan di KFC! Tak jemu-jemu anak-anak dengan ayam goreng kan! Atau kalau angin ngada-ngada datang, Amie telefon Encik Suami untuk makan tengahari bersama dan tempat lepak kami biasanya di Restoran Rumpun Selera atau Restoran Auliah.
Ya Allah.... akhirnya angin malas masak semakin menjadi-jadi sebab Encik Suami layan je kemalasan isterinya yang dah tak mithali ini. Tak apalah... kalau penat, kita beli je nasi bungkus makan di rumah.... hah! Dah tiga malam berturut-turut kami makan nasi bungkus! Agaknya Encik Suami kata dalam hatinya : Banyak cantik punya bini! Hi hiiiihii....
Petang tadi angin rajin dah mula bertiup. Encik Suami bawa pulang udang segar dan sayang pula rasanya kalau terus simpan dalam peti sejuk. Akhirnya Amie putuskan untuk buat sate udang... ha hahah cucuk aje dengan lidi sate! Kemudian panggang... jadilah sate udang! Tapi kenalah perap dulu dengan bahan-bahan tertentu supaya rasanya lebih sedap. Amie gunakan bahan-bahan yang paling mudah dicapai tangan. Jadinya, perap ajelah dengan sos tiram, bubuh sos lada hitam sikit dan campuran halia serta bawang putih kisar. Untuk menerbitkan rasa wangi, ketika memerap, Amie campurkan dengan sebatang serai yang diketuk. Amie tambah sedikit sos cili padi dalam botol (Sabah punya keluaran), untuk rasa sedikit pedas.
Dah siap panggang dalam oven, ratah-ratah ajelah Sate Udang yang serba ringkas penyediaannya ini. Jom tengok resepinya di bawah.
Resepi : Sate Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg udang kertas saiz besar - bersihkan, cuci dan toskan hingga kering
lidi secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili padi
2 sudu makan kicap manis ABC
2 sudu makan minyak
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
3cm halia
Cara:
1. Perap udang bersama bahan kisar, serai, sos lada hitam, sos tiram, sos cili padi, kicap manis dan minyak. Biarkan selama 20 minit.
2. Cucuk udang dengan lidi sate.
3. Panggang / bakar udang hingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Agak-agak rasa Sate Udang ni sedap tak? Alahai.... kalau dah namanya udang, dibakar ke, di rebus ke, dikukus ke ... rasanya tetap rasa udang! Takkkanlah rasa ikan kembung pulak kan.
Ni apa pulak benda di bawah ni?
Inilah deretan hadiah AMIE'S 1st GIVEAWAY - DEBAR MENANTI KELAHIRAN yang sudah siap untuk dikirim esok pagi seperti yang Amie janjikan. Jadi... kepada penerima yang bertuah, pastikan kiriman ini sampai ke tangan anda!
Sedapnyalah udang tu....yang segar kalau dibakar memang manis.
BalasPadamIkutkan kakpb yg dok rumah ni pun malas sungguh memasak. Tapi nak makan luar kdg tak menepati selera pula. Paksa juga diri ni masak...walaupun...
BalasPadamAnak kakpb suka sgt udang, boleh cuba ni Amie.
Nampak sungguh menyelerakan sate udang tu...saya pernah makan kat satu restoren sate kat penang ni sedap manis2 sket2..nampak besau jer udang tu..
BalasPadamwau bestnyaaaa...
BalasPadamsedapnya sate udang tu kak amie..terliur tengok ni..huhu..
BalasPadam