Pages

Khamis, 10 April 2014

Gerang Asam Ikan Susu

Bila sesekali masak gerang asam, memang ruang dapur anda akan dipenuhi aroma masakan nyonya yang sungguh mengasyikkan ini! Campuran pelbagai herba dan rempah-rempahan sebagai bahan perencah yang menusuk hidung membuatkan kita tidak sabar-sabar untuk menjamu selera. Kali ini Amie cuba ubahsuai masakan ini dengan menukar penggunaan ikan.... Amie masak ikan susu pula! Hasilnya? Mmmmm..... memang tidak mengecewakan!


    Resepi : Gerang Asam Ikan Susu

    Bahan-bahan:

    1 kg ikan susu - bersihkan dan potong ikut citarasa
    1 sudu makan pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
    3 tangkai daun kesum
    1 kuntum bunga kantan
    2 biji tomato - belah 4
    1 sudu makan gula melaka
    2 sudu makan serbuk ikan bilis
    500 ml air
    1/2 cawan minyak
    garam / perasa pilihan

    Bahan kisar halus:
    25 tangkai cili kering
    10 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
    5 biji buah keras
    2 cm kunyit hidup
    3 cm lengkuas
    4 batang serai - ambil isinya 
    sedikit belacan


    Cara:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan biarkan mendidih  selama 8 minit menggunakan api sederhana panas.
    4. Besarkan api dan masukkan ikan susu. Biarkan sehingga masak.
    5. Masukkan tomato, diikuti dengan garam dan gula melaka / perasa pilihan
    5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.



Jumpa lagi.

4 ulasan:

  1. salam kak, gerang ini kira asam pedas jugak ker lebih kurangnya? Ikan bolu, sedap walau tulang banyak.

    BalasPadam
  2. Nasa,
    lebih kurang gitulah, cuma lebih banyak bahan yang digunakan dalam gerang asam.

    BalasPadam
  3. first time dgr gerang ni
    nampak sedap
    nanti boleh lah cuba lepas ni^^

    BalasPadam
  4. Eelle,
    silakan ini... ini masakan nyonya

    BalasPadam