Pages

Selasa, 8 April 2014

SIAPAKAH PEMENANG AMIE'S 1st GIVEAWAY : DEBAR MENANTI KELAHIRAN? JENG JENG JEEEEENNNGGG!!!!

Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih buat semua pengunjung dan follower yang sentiasa sudi mengikuti paparan dari Amie's Little Kitchen. 
Jadi, sebagai tanda penghargaan Amie konon-kononnya cuba adakan segmen Amie's 1st Giveaway - Debar Menanti Kelahiran. Pada mulanya Amie fikirkan segmen ini sangat terbatas hanya kepada rakan-rakan ibu yang mempunyai pengalaman melahirkan sahaja. Apa pun usaha Amie ini hanyalah satu permulaan sahaja.... he heheeh in shaa Allah ada rezeki lain kali Amie buat pulak segmen yang berbeza khas untuk rakan-rakan pengunjung yang disayangi!

Ha hahaha... ni saja je nak lambat-lambatkan pengumuman siapakh pemenang Amie's 1st Giveaway - Debar Menanti Kelahiran kan?  Mula-mula kita tengok dulu siapakah pencetus idea ini? Tak lain tak bukan jantung hati Amie di bawah ini.....


.... Firdaus yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 22 Mac 2014!


Kebetulan pula pada tarikh tersebut kami bertolak ke Kota Kinabalu kerana hendak menguruskan dokumen perjalanan bujang sulung kami, abang Farid yang terpaksa terbang dari Labuan ke Kota Kinabalu pada pagi Isnin dan terbang semula ke Labuan pada petang Selasa setelah selesai urusan di Pejabat Imigresen Kota Kinabalu.


Sambil bersiar-siar di pantai Tanjung Aru, Amie masih terfikir-fikir apakah hadiah yang sesuai untuk dijadikan kenangan kepada pemenang segmen ini.




Sehinggalah pada petang Selasa sebelum Farid berangkat terbang ke Labuan, dan sempat pula potong kek 'terlewat' meraikan ulang tahun Firdaus, hadiah masih belum dicari!


Akhirnya.... Amie putuskan untuk mencari sesuatu yang istimewa sebagai kenang-kenangan dari Negeri di Bawah Bayu... dan tanpa berfikir untuk kali yang kedua, Amie terus mencari rantai tangan mutiara!
Jadi, kepada sesiapa yang menerima hadiah rantai tangan mutiara ni kenalah jaga elok-elok supaya tidak mudah rosak sebab.... pastikan tidak terkena semburan minyak wangi, alkohol dan juga air. Simpan dalam bekas kedap udara ye supaya tak melompat keluar lari masuk ke dasar laut ke tempat asalnya hi hihiiii!


Dan siapakah pemenangnya di antara 7 orang peserta yang sanggup meluangkan masa menyiapkan homework Debar Menanti Kelahiran itu?
Para peserta yang sempat menghantar homework mereka ialah:

YANA SAIFUL - DUNIA CINTA KAMI

Bagaimana cara pemilihan pemenang dibuat?

Jeng..

Jeng...

Jeeeengggg......

Jika ada yang menang tentulah ada yang kalah dan itu memang adat dalam mana-mana pertandingan. Tapi Amie tidak melihat begitu.... sebab bagi Amie setiap pengalaman yang dikongsikan itu sangat berharga dan terlalu mahal harganya! Tidak ada yang terlebih atau terkurang, terbaik atau kurang sempurna! Proses melahirkan adalah detik genting dan mencemaskan antara hidup dan mati. Semuanya adalah perjuangan dan pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan apa cara sekali pun!

Oleh itu.... Amie putuskan untuk 'menganugerahkan' semua peserta dengan seutas rantai tangan mutiara seperti yang diidam-idamkan!



Serta sehelai kain batik halus Seni Borneo khas dari Sabah Negeri di Bawah Bayu.... (warna kain Amie pilih ikut warna kegemaran yang disertakan)....


Fridge Magnet ....


.... pelbagai bentuk dan juga 


key chain...

Amie harap semua peserta berpuas hati dan Amie sendiri rasa sangat gembira kerana setiap peserta tidak pulang dari Amie's Little Kitchen dengan tangan kosong he hehehe...

Harap bersabar.... hadiah akan diterbangkan melintasi Laut China Selatan pada hari Khamis ini... in shaa Allah!

Tahniah buat semua!

8 ulasan:

  1. Alhamdullilah,terima kasih banyak2 kak amie,hadiah yg bermakna dari seorg teman siber,walaupun tidak ku temu bertentang mata namun dekat selalu...

    BalasPadam
  2. Salam k.amie yg baik hati...rasa mcm nak peluk akak je! :) Terima kasih byk.. harap satu hari nanti kita dpt bertemu muka..semoga bertambah rezeki akak sekeluarga...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Tqqqqq k amie he he tqqq
    Sgt bermakna pada saya, jg sbgai tanda perkenalan kita di alam maya. Semoga suatu hari kita dpt bersua di alam nyata insyaallah
    Terima kasih..sayang k amie

    BalasPadam
  4. tahniah buat semua pemenang & semua peserta...

    BalasPadam
  5. Ya allah.... terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Amie. Saya amat-amat menghargai pemberian daripada Amie. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga keakhirnya... dan semoga kita dapat bersua disuatu masa nanti. Insyaallah.

    BalasPadam
  6. Assalam kak amie..
    Baru berkesempatan menjengok keputusan..adoi kebizian sungguh..
    Psttt kak amie..baca bersungguh2 setiap patah perkataan yg tertulis...ini bermakna saya salah seorang pemenang la ya..Alhamdulillah..rezeki tu..walaupun kelam kabut siapkan n3 ringkas untu GA tu..
    Semoga Allah s.w.t melimpah ruahkan rezeki kak amie sekeluarga yg sangat baik hati memberikan hadiah kepada semua orang..Hanya Allah s.w.t sahaja mampu membalas kebaikan hati kak amie ni..aminn...
    Tqtqtqqqq..suka..sukaa

    BalasPadam
  7. salam, nanti kak emie buat give away lain boleh join, yang ini tak boleh sbb x qualify nak masuk..blum ada pengalaman melahirkan.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..rs nak peluk je kak Amie dgn Firdaus..tima kasih byk2 ye kak..semoga makin bertambah rezeki akak sekeluarga..tak sabar nk tgu abg pos dtg ^_^

    BalasPadam