Pages

Khamis, 10 April 2014

Kuih Lopes

Masih ingat tak lagi dengan Kuih Lopes? Kuih tradisi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas itu. Sayangnya sekarang susah nak jumpa kuih lopes yang betul-betul asli. Mungkin kekangan masa yang menyebabkan keadaan jadi begitu. Kalau dulu, Amie rasa sedap sangat ketika menikmatinya terutama rasa air gulanya yang agak pekat dan harum dengan aroma pandan, tapi sekarang air gulanya agak cair. Dan satu lagi warna kuih lopes pun lebih hijau sebab kita lebih suka memilih pewarna berbanding membuat air daun pandan untuk dimasak bersama beras pulut.


Dah puas membebel di atas tu.... kononnya Amie nak paparkanlah Kuih Lopes yang 'agak' asli sedikit ni he heheh.... Amie gunakan jus daun pandan dan nampaklah warna hijau pucat Kuih Lopez itu kan. Air gulanya pula Amie gunakan gula merah yang dimasak bersama sehelai daun pandan sehingga agak pekat.


Resepi : Kuih Lopes

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
4 helai daun pandan - kisar dengan 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 cawan kelapa muda parut - gaul dengan secubit garam
daun pisang
tali rafia

Bahan untuk air gula:
1 helai daun pandan
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

Cara:
1. Rendam beras pulut selama 2 jam.
2. Toskan beras pulut,  dan kemudian satukan dengan santan cair, garam dan air pandan dalam periuk. Masak seperti anda menanak nasi.
3. Gulung pulut dalam daun pisang menjadi bentuk silinder. Padatkan dan ikat dengan kemas menggunakan tali rafia.
4. Kukus selama 20-25 minit.
5. Keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk.
 6. Potong pulut tadi dengan menggunakan benang yang diregang.
7. Gaulkan dengan kelapa parut.
8.  Kuih lopes sedia dihidangkan bersama air gula.


Alangkah nikmatnya kalau dapat makan dengan air gula kabung!

4 ulasan:

  1. dh lama tak mkn kuih lopes..suka sgt..klu zaman knk2 dulu mama yana slalu bt sbb dia tahu ank2 dia suka..huhuu tibe2 rs nk blk kg jee ^__^

    BalasPadam
  2. selalu beli jer x pernah buat sendiri, tapi benci sangat kalau dapat pulut yg keras...

    BalasPadam
  3. suka sangat kuih ni..kalau disejukkan dalam peti ais sebelum dimakan,laagi best

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan kuih lopes asli nie....MA dan anak2 juga suka dengan kuih lopes nie...apatah lagi kalau dibuat sendiri...air gulanya pasti pekat. MA memang suka guna gula kabung bila membuat air gulanya....
    Memang terbaikkk..

    BalasPadam