Amie pernah masak Nasi Sardin beberapa kali sebelum ini. Untuk resepi yang lalu bolehlah klik DI SINI. Walaupun sekadar olahan sardin dalam tin tetapi hidangan ini menjadi begitu istimewa sekiranya kita ingin menjadikannya demikian!
Untuk resepi kali ini,Amie telah ubahsuai dari resepi lepas untuk memenuhi selera Encik Suami yang inginkan tambahan jagung di dalam nasi tersebut. Untuk masakan ikan sardin pula, Amie masak seperti biasa dengan tambahan kentang yang digoreng terlebih dahulu dan Amie masukkan capsicum merah serta kuning yang dipotog dadu. Amie hidangkan Nasi Sardin dengan keropok udang.
Bahan-bahan untuk Nasi Sardin:
2 pot beras - dibersihkan
air secukupnya
1 tin ikan sardin saiz besar
1/2 cawan lobak merah dipotong dadu
1 cawan jagung tin
5 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 inci halia - hiris halus
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam
minyak
bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih serta hirisan halia hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah, jagung, tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin.
3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
4. Masak hingga nasi kering.
5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan keropok.
Untuk lauknya pula, masak ikan sardin ikut citarasa masing-masing.
Salam amie cyg.. mana budak tecik mata molet tuu.cwindu sama dia..hikhik.. pNdainya amie cipta basi sardin ni...tq kongsi ilmu..bw..
BalasPadamOpss salah eja basi** nasi sardin.. maaf..typo
BalasPadamAssalamualaikum amie...terliur....
BalasPadamHye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamThanks, kongsi resepi,boleh tambah koleksi resepi nasi ni.nampak menarik untuk di cuba.
BalasPadam