Pages

Khamis, 9 Januari 2014

Talapia Goreng Berlada Aroma Pudina

Syukur Alhamdulillah kerana daku mendapat anugerah Allah isi rumah yang tidak banyak songel bila menghadap hidangan yang disediakan. Kalau asyik ikutkan selera anak-anak memanglah hari-hari nak makan ayam goreng, tapi kalau begitu gayanya alamatnya.... cuma dua atau tiga resepi saja dalam setahun yang boleh Amie kongsi di sini ha hahahaha.....!


Kali ini Amie kongsikan pua resepi Talapia Gopreng Berlada Aroma Pudina. Tidak semua orang menggemari rasa dan aroma pudina! Tapi setelah beberapa kali Amie masak ayam dan masak kurma daging menggunakan daun pudina, nampaknya menu sebegini mendapat sambutan dari keluarga kecil kami.
Amie ada 2 ekor ikan talapia seberat 1kg, dan salah seekornya Amie cuba masak goreng berlada, manakala seekor lagi Amie goreng begitu saja takut kalau dimasak sekali anak-anak tak mahu makan! Amie tambahkan segenggam girisan daun pudina. Waduuuuhhh... boleh tahan dong! Hilang terus aroma belacan dikalahkan oleh bau daun pudina!

Resepi : Talapia Goreng Berlada Aroma Pudina
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia hitam seberat 500 gram - bersihkan dan kemudian lumur dengan sedikit garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa  bancuh dengan 1/2 cawan air
20 helai daun pudina  hiris halus
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar kasar:
5 biji cili merah
1 uas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit belacan


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan kisar kasar hingga terbit minyak.
2. Masukkan bancuhan air asam jawa, garam / gula / perasa pilihan.
3. Masak sehingga tumisan menjadi pekat.
4. Taburkan daun pudina di atas tumisan diikuti dengan ikan talapia.
5.  Balik-balikkan ikan supaya tersalut dengan sambal.
6. Padamkan api dapur.


Jangan mareeeeee..... tinggal tulang ikan je dikerjakan oleh Fuad & Fairuz!!!! 


9 ulasan:

  1. brtambah-tambah mkn nasi dgn talapia goreng berlada cam ni......

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak amie :) sedapnyer tilapia.. tun kalau tilapia dgn sambal lada mcm ni sekor pon habis tun hadap sorang2.. tp kene omit pudina tu, setakat ni xberapa nk mkn kalau ada daun pudina.

    BalasPadam
  3. Feveret saya sangat ni..mak oiii tolongggg takleh tengok lama2...terliur habisss..

    BalasPadam
  4. Amie...singgah malam, intai dapur Amie, ada ikan talapia goreng berlada rupanya, tumpang cium bau je lah hehe..

    BalasPadam
  5. Kemecerr lho kak. ..ono pudina pulak kuwi...

    BalasPadam
  6. kak mie saya kalau dapat tilapia goreng.cicah sambal kicap best:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan salam maulidur rasul Amie,

    Klu singgah dapur Amie mesti kecur air liur dibuatnya, kenapala Amie suka tayang gambar2 yang menangkap habis ni. Perut ku sudah mula berkeroncong, sapa nak jawappppp

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum k.Amie, mengiurkan betul ikan bersalut sambal lada Aroma pudina tu. Disini susah nak dapat stok ikan air tawar...InsyaAllah nak cuba juga nanti, tapi gantikan dengan ikan laut.

    BalasPadam