Pages

Ahad, 15 Disember 2013

Nasi Lemak Sambal Cumi

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman....
Nampaknya dapur Amie meriah sedikit hari ini dengan  hidangan Nasi Lemak Sambal Cumi. Lamanya tak masak nasi lemak.... dan lama sangat rasanya tak buat sarapan pagi! Bila anak-anak dan Encik Suami ada di rumah pagi Ahad ini, barulah seronok sikit nak masak-masak sebab dah ada yang akan makan hasil air tangan kita! Bila sarapan bersama... terasa lagi entah berapa lama kami tak duduk semeja sarapan pagi bersama!



Seperti biasa Amie masak nasi lemak kukus, tapi kalau nak masak dalam rice cooker pun tak salah, cuma Amie suka guna pengukus... itu je bezanya! Kalau kita kukus nasi lemak, hasilnya tak lembik dan tak keras & lambat basi... bolehlah anak-anak makan sampai petang dan tak payah masak untuk tengahari atau malam lagi.

Resepi: Nasi Lemak Kukus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 pot rice cooker beras - bersihkan dan toskan
500ml pati santan kelapa
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
2 helai daun pandan - siat-siat
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Letakkan kuali di atas dapur, dan masukkan santan kelapa bersama bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang serta garam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan mengering.
4. Pindahkan beras di dalam kuali tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.


Amie ada sebungkus cumi kering seberat 500 gram. Elok benarlah kalau boleh dijadikan sambal untuk lauk nasi lemak. Untuk Sambal Cumi kali ini Amie nak bagi wangi-wangi sikit. Jadi Amie goreng daun pandan terlebih dahulu sehingga garing sebelum menumis bahan seterusnya. Memang harumnya semerbak sampai berkali-kali Fuad ke dapur sambil dukung Firdaus nak tengok apa yang Amie masak!

Resepi : Sambal Cumi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram cumi - rendam di dalam air panas dan biarkan semalaman - kemudian bersihkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
5 helai daun pandai - siat-siat 
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan daun pandan dan goreng sehingga garing.
2. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga pecah minyak. 
3. Masukkan gula, air asam jawa dan diikuti dengan cumi.
4. Masukkan garam dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
5. Tutup api dapur. Keluarkan daun pandan dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.


Inilah hasilnya Sambal Cumi harum semerbak dengan bau daun pandan!



Okey.... Nasi Lemak & Sambal Cumi dah siap!



Jangan lupa aksesori yang lain .... ikan bilis goreng memang tak tinggal punya! Copet sikit ikan bilis Firdaus punya.... he heheh Firdaus pun naik bosan makan bubur dengan ikan bilis kisar kot!



Dah tak sabar nak makan..... semuanya sudah terhidang!



Jemput.... Bismillah.... diakhiri dengan Alhamdulillah.

7 ulasan:

  1. Sedap sutun cumit ni wt smbal mkn ngan ns lemak
    Pernah mkn yg abg belikan dr lgkawi
    Katanya sutun cumit xtau la cumi ke cumit hehe

    BalasPadam
  2. Anak buah asyik dok menyebut nasi lemak...makciknya yang malas... ☆★♡♥

    BalasPadam
  3. hai amie..
    wahh..sapan berat ni..nasi lemak sambal cumi..
    dengan kaedah kukus.. bole lambat basi ea amie ?..bagus ni boleh try lain kali..:)

    BalasPadam
  4. sedapnye kak amie..ada lg tak tu...

    BalasPadam
  5. Next time saya nak cuba la masak nasi lemak dengan cara kukus pulak.

    Wahhh nasi lemak siap dengan kacang gajus tu, sangat spesel okeh! tingin nya...!

    BalasPadam
  6. Tetiba rasa nk mkn nasi lemak pulak memalam ni waaa

    Jom Terjah : Perkara yang WAJIB ADA pada Blog

    BalasPadam
  7. your plate of nasi lemak so delicious especially the sambal cumi!

    BalasPadam