Pages

Jumaat, 27 Disember 2013

Ikan Masak Cuka

Selalunya kalau nak hidangkan menu Ikan Masak Cuka, Amie gunakan ikan tengiri tapi kali ini Amie gunakan ikan gerut-gerut pula. Anak-anak suka kuahnya yang masam-masam manis ala-ala acar gitu....


Macam-macam cara orang masak ikan bercuka ni. Ada yang bubuh rempah dan sebagainya. Amie gunakan sajalah mana bahan yang ada di dapur. Yang penting ada bahan asasnya seperti cuka dan bawang serta gula.

Resepi : Ikan Masak Cuka
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan gerut-gerut seberat 1kg (ikan lain pun boleh terutama ikan tenggiri) - bersihkan, lumur dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga masak - ketepikan
1 cawan hirisan timun
1 labu bawang besar - belah 6
10 biji bawang merah - kupas dan belah tengah jangan sampai putus
10 biji bawang putih - jika ulas besar belah 2
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah - belah 2
3 biji cili hijau - belah 2
3 sudu makan cuka
3 sudu makan gula pasir
1sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
1 cawan air


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan biji sawi. Goreng sebentar.
2. Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili merah serta cili hijau. Kacau seketika.
3. Masukkan hirisan timun, serbuk kunyit dan air. Biarkan mendidih sebentar.
4. Tambahkan cuka, gula, dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
5. Masukkan ikan dan balik-balikkan beberapa kali sehingga kuah agak pekat.
6. Padamkan api dapur.


Ikan gerut-gerut ni kepalanya saja yang besar, tapi isinya sedap. Kalau terlebih rajin Amie suka masak sambal atau masak sos 3 rasa!

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum amie..aduh sdap sungguh nmpk ikan msk cuka tu...selalu uj buat ikan kerisi @ ikan tenggiri jer...nnti bole cuba ikan ni pulak...=)

    BalasPadam
  2. Salam K.Amie, ikan masak cuka mmg fav. Sedap tu...nengok gambar pun dah terliur. Ikan tu pun nmpk ranggup...

    BalasPadam
  3. Sedapnya..masam2 manis memikat selera..

    BalasPadam
  4. pernah jugak buat ikan gini. anak2 pun suke. tapi ada sebut ikan masak asam.. terliur lah

    BalasPadam