Ini Sup Kepala Ikan yang Amie masak dua hari lepas.Kalau terlepas pandang memang tersimpan sajalah dalam folder sampai bila-bila. Cara masaknya sama saja seperti Sup Ikan Siakap DI SINI, cuma Amie tak bubuh cendawan shiitake & tomato. Masak saja apa yang ada memandangkan waktu itu Firdaus sedang demam dan asyik minta didukung. Bila dah siap masak baru teringat tak ada daun sup... nak minta Encik Suami beli di kedai, rasa kasihan pulak tengok keletihan tak tidur semalaman bergilir-gilir jaga Firdaus.
Orang di sini panggil ikan ini ikan putih, tapi bila masak kepalanya yang besar tu... kulitnya warna hitam pulak. Kalau nak masak bahagian kepalanya kena lama sikit supaya kulitnya jadi lembut berbanding masak bahagian isi.
Resepi : Sup Kepala Ikan
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1.5kg kepala ikan - Amie gunakan kepala ikan putih siap dipotong 6 keping
1 keping asam gelugur
sedikit minyak
1 sudu lada putih - tumbuk
1000ml air (1 liter)
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan hiasan:
hirisan daun sup & daun bawang
bawang goreng
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng rempah penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing.
3. Tambahkan air, dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kepala ikan, asam keping dan biarkan masak di antara 12 - 15 minit.
5. Masukkan lada putih, garam /perasa pilihan dan juga tomato.
6. Padamkan api dapur.
7. Hidangkan segera dengan taburan daun bawang / sup hiris dan juga bawang goreng.
Ada dua keping bahagian mata.... satu untuk Encik Suami dan satu untuk Amie. Waktu kami makan Fairuz & Fuad tiada bersama... masih bercuti bersama sepupu-sepupunya.
Waaa...memang sedap hirup sup lebih2 lagi time musim hujan begini...
BalasPadamsaya nyer feveret ni kak amie...tapi jarang masak sup, selalu buat kari je. ingat masa buat di kampung, ayah tunggu sampai masak baru dia makan nasi... aduhhh, teringat la pulak.
BalasPadam