Pages

Jumaat, 20 September 2013

Kurma Daging Sedap : Resepi Che Jah

Setiap kali Amie cuba masak resepi Puan Che Jah, memang tidak mengecewakan malah memberi satu rasa baru dan bertambah lazat pula. Sekali lagi terima kasih buat Puan Che Jah (MIL adik perempuan Amie, Habshah) dari Shah Alam.


Kuah Kurma Daging ini agak pekat, tetapi jika anda tidak menggemarinya bolehlah tutup api ketika kuah sedang mula memekat.

Resepi : Kurma Daging
Sumber : Che Jah

Bahan-bahan:
1 kg daging - Amie gunakan lamb
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Rebus daging (lamb) bersama rempah kurma sehingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana sehingga kuah pekat.
2. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging (lamb) bersama kentang. masak hingga kentang empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma daging diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.


Lembut je dagingnya...., dengan harum pudina!

15 ulasan:

  1. Asslmkm kak Amie.
    Kak Amie masak apa ja pun memang menyelerakan. Hari2 makan sedap. Untung kluarga akak tau. :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak amie..rindu kt kakak..ehh ehh sedap nye tgk..terliur plak zila tgk kambing tergolek2 tu

    BalasPadam
  3. assalam k amie
    memang suka sgt sy kurma daging gini
    pekat2 fuhhh kompem tambah nasinya he heee

    BalasPadam
  4. berselera makan nasi lauk kurma ni, makan dengan nasi minyak pun best juga ni.

    BalasPadam
  5. Tengok kurma ni, teringin pula nak buat nasi lemak

    BalasPadam
  6. wallahhh..resepi baru untuk dicuba ni

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum Amie...rempah 4 sekawan tu blend juga ke? bukan dah ada dlm rempah kurma?

    BalasPadam
  8. Mmg sedap Amie klu lah dekat kannnnnnnnnnnnnn hehhehe

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie...
    Pasti sedapp kurma daging nie..
    Nak cubale ikut resipi Amie...
    Memang suka sangat kurma, apatah lagi makan dengan nasi yang berperisa....yummyummm

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum....saya dah cuba resepi amie...memang sedap...kurma ni saya buat jamuan kenduri....ternyata sedapnya sampai habis licin satu periuk ....tetamu mmg puji sedap....terima kasih kongsi resepi.

    BalasPadam
  11. Azaliah,
    waalaikumussalam... terima kasih sudi cuba. Tak sia-sia saya kongsi resepi yang saya 'korek' dari orang dulu-dulu. Salam Aidil Adha, anak saya pun dah siap pesan masak kurma, saya dah masakkan pagi tadi, makan dengan ketupat.

    BalasPadam
  12. nak cari resipi mesti cari blog akak... semua menjadi tau..

    BalasPadam
  13. nak cari resipi mesti cari blog akak... semua menjadi tau..

    BalasPadam