Pages

Khamis, 19 September 2013

Red Velvet Cake Versi Kukus : Ulang Tahun Fairuz

Kalau hari Sabtu lepas 14 September 2013 merupakan hari ulang tahun Fuad, hari ini 19 September 2013 Fairuz pula menyambut hari jadinya. Fuad memang menempah beberapa bulan lebih awal supaya Amie buatkan sebiji American Brown Cheese Cake untuknya, tetapi Fairuz hanya inginkan kek yang ringkas dengan sedikit hiasan. Jadi, petang tadi sempat juga Amie siapkan sebiji Red Velvet Cake Versi Kukus untuk Fairuz.



Kombinasi warna putih, cream, merah jambu & merah meroon!



Ikut resepi asal dari HANA MEMORIES, topping untuk kek ini gunakan cream cheese dan whipping cream, tapi Amie cuba gunakan buttercream. In shaa Allah, pada masa yang lain Amie cuba gunakan topping yang sama digunakan oleh Hana.




Disebakan rasa teruja untuk menyiapkan kek ini, Amie terlupa kesesuaian warna.... haaaa haaa.. untuk Fairuz, Amie hias pula dengan warna merah jambu yang lebih sesuai untuk perempuan! Tapi tak seorang pun yang menyrdari kepincangan warna tersebut! Encik Suami pula mencadangkan supaya kek nan sebiji ini dibawa ke kampung memandangkan ada majlis tahlil di rumah adiknya. Katanya, eloklah makan bersama sanak saudara yang memang berkumpul di sana... sebenarnya Amie & Encik Suami tidak bercadang untuk mengadakan majlis ulang tahun Fairuz, dan cukuplah sekadar sebiji kek hasil air tangan Amie untuknya.



Seronok benar Fairuz dengan Red Velvet Cakenya!



Sedap rupanya kek baldu merah versi kukus! Amie tambahkan yogurt ke dalam adunannya!



Alhamdulillah... habis sebiji Red Velvet Cake yang moist, simple tapi sedap!
Resepi.... oh! Tuan dapur kena tangguhkan pada satu ketika yang akan ditetapkan kelak sebab sudah larut malam, dan agak keletihan. Terima kasih atas perkongsian resepi yang lazat ini buat HANA MEMORIES.

Update : 20 September 2013:

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar. Amie gunakan yogurt plain.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. Amie kukus.
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

15 ulasan:

  1. Happy belated birthday Fairuz..moga diberkati Allah setiap waktu.

    Sedapnya nampak kek tu Amie, merah menggoda, kalau dapat sepotong alangkah bahagianya, hehe..

    BalasPadam
  2. happy birthday Fairuz...semoga menjadi anak yg soleh dan kebanggaan ibu ayah....anyway,cantik kek yg kak amie deco nie...

    BalasPadam
  3. amboi...suka benor tu fairuz nampaknya... saya yang menengoknya pun dah suka... happy birthday firdaus...

    BalasPadam
  4. Semoga fairuz menjadi anak yg soleh.. insyaAllah.. cantik deco kak amie..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Amie..Hepi Birthday Fairuz...Kek tu pun nampak sedappppp

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Amie...
    Selamat harijadi Fairuz,semoga menjadi anak yang soleh serta kebanggaan buat ibu & ayah...
    Cantik kek tu Amie....tunggu resipi dari Amie nie....

    BalasPadam
  7. D5 xpenah jemu dtg ke dapur maya Amie nie... Mcm2 kek yg menarik dan cantik2 suker tul D5 menjamu mate kat sini :D..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Teringin nak makan...tapi, malas nak buat. Macam mana tu?

    BalasPadam
  9. Salam kak.. nk tanya yg mcm serbuk color merah yg kt atas kek tu apa ye? Mcm mn nk buat?bleh share x? :)

    BalasPadam
  10. Najieza,
    yang macam serbuk merah atas kek tu sebenarnya kek red velvet yang dihancurkan, buat hiasan.

    BalasPadam
  11. nk tanyer la gune loyang bpe inchi yer...

    BalasPadam
  12. buttermilk 2 kalaulebih dari 10minit boleh guna x? sebab saya buat dr pagi, dah 7jam,

    BalasPadam
  13. Kak kalau dlm grm brpa ye sukatn

    BalasPadam
  14. Nk try ni. 1st time nk buat, hehe

    BalasPadam