Pages

Ahad, 18 Ogos 2013

Puding Mangga

 Jom cuci mulut dengan Puding Mangga.


Untuk rasa lebih lazat, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.



Resepi : Puding Mango 
Olahan : Amie's Litttle Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali - 20 gram
1 tin susu cair
1 tin susu pekat - 505 gram
1 sudu kecil asen vanilla
4 keping roti gardenia
1 biji telur
1 sudu besar mentega
250 gram puri mangga
5 cawan air
setitik pewarna kuning telur


Cara :
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan agar-agar hancur.
2. Kisar roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, puri mangga, pewarna kuning telur, esen vanila & mentega.
3. Masukkan bahan kisar  ke dalam periuk agar-agar yang sedang mendidih. Kacau seketika.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam bekas atau acuan pilihan.
5. Sejukkan sebelum dinikmati.



7 ulasan:

  1. salam Mie, malam2 tengok benda ni mmg sejukkkkkkkk je duduk dlm econ lagi aduh macam nak telan je segelas tu hee

    BalasPadam
  2. selamat hri raya
    wah sedaplah k.amie mangga ni
    mengoda

    BalasPadam
  3. Sedapnya kak amie

    Oh ada letak roti jgk ye menarik ni

    BalasPadam
  4. sedapnyer kalau dpt segelas tu amie.. :)

    selamat hari raya buat amie sekeluarga :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Amie..Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...Wahhhh sedapnya puding ni..sesuailah untuk hidangan rumah terbuka kannnn....

    BalasPadam
  6. Amie, buat buka puasa sedp ni kan, terliur habis ni.

    BalasPadam
  7. Sedap, nyamannya amie, rasa mcm dh kat tyekak ni. buat buka posa ni memang mables ni

    BalasPadam