Pages

Isnin, 19 Ogos 2013

Tempe Bacem : Cadangan resepi lazat untuk anda yang biasa atau suka makan tempe.

Selalunya kalau ada tempe Amie masak sambal goreng jawa, buat campuran dalam sayur lodeh atau goreng begitu saja. Setelah dapat resepi Tempe Bacem, termasuk hidangan hari ini sudah 3 kali Amie mengolahnya!


Kali pertama Amie buat Tempe & Tauhu Bacem untuk digandingkan dengan  Nasi Ayam Penyet dan Sambal Ulek DI SINI, enaknya memang tidak dapat dinafikan walaupun sebelum ini Amie pernah membuat Nasi Ayam Penyet tapi versi yang berbeza sedikit. Istimewanya Tempe Bacem ini disebabkan rasanya yang gurih hasil rebusan menggunakan air kelapa dan bahan-bahan lain. Setelah beberapa kali merujuk Encik Google, akhirnya Amie memperoleh gabungan olahan resepi Tempe Bacem seperti yang tertulis di bawah ini.


Bahan-bahan:
tempe dan tauhu secukupnya - Amie gunakan 12 kepingan tempe & 4 keping tauhu
600ml air kelapa - jika tidak ada boleh juga gunakan air biasa
2 helai daun salam
1 batang serai - dititik
2cm lengkuas - diketuk
1 sudu teh pati asam jawa

Bahan kisar / tumbuk halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan gula merah - boleh kurangkan/ tambah untuk cita rasa masing-masing
1 sudu teh ketumbar
2 biji buah keras
sedikit garam


Cara:
1. Campurkan kesemua bahan tumbuk, serai, lengkuas, daun salam dan pati asam jawa ke dalam periuk berisi air kelapa.
2. Masukkan tempe dan tauhu. Didihkan di atas api sederhana.
3. Biarkan kesemua bahan meresap ke dalam tempe & tauhu sehingga rebusan mula mengering.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Goreng tempe & tauhu, tetapi jangan sampai kering. Goreng sekejap saja.
6. Angkat dan toskan.
7. Enak dihidangkan bersama Sambal Ulek, Sayur Asem dan nasi panas.

Sesekali cuba resepi Tempe Bacem yok!



2 ulasan:

  1. Ermmm satu kelainan.. Boleh nnt D5 cuba thanks Amie byk menu yg menariks Amie kongsi :D...

    BalasPadam
  2. X penah mkn...bru 1st time tgk....tp sy suka sngt mkn tempe....:-)
    Bole cuba nnti ni...apa la rasanya ye....

    BalasPadam